Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lesen makanan tiga pusat hiburan malam dibatal

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



LESEN makanan bagi tiga pusat hiburan malam yang telah berubah untuk menawarkan khidmat makanan dan minuman (F&B) dibatalkan secara kekal oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) kerana melanggar langkah pengurusan selamat (SMM).



Selain itu, 18 cawangan F&B turut diarah untuk tutup, manakala empat cawangan F&B dan 87 individu dikenakan denda kerana melanggar SMM.



Ini menyusuli beberapa pelanggaran dikesan, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dalam satu kenyataan.



Lesen bagi dua pusat hiburan malam yang berubah untuk beroperasi sebagai F&B, The Charm dan Icon II, yang lebih dikenali sebagai Club IICON telah dibatalkan kerana terdapat beberapa pelanggaran yang dikesan sebelum diarah berhenti operasi selama dua minggu dari 16 hingga 30 Julai 2021.



Ini termasuk membenarkan pelanggan bermain dengan permainan di tempat mereka, gagal meminimumkan interaksi antara kakitangan dan pelanggan, dan menyediakan khidmat pelayan.



Satu lagi pusat hiburan malam, Frederico's Paddles Too Pub & Cafeteria, di East Coast Road, pula didapati beroperasi dalam tempoh diarah berhenti operasi dua minggu wajib. Kesemua tiga kedai mesti berhenti beroperasi dengan segera.



Selain itu, 18 premis F&B juga diarah tutup atas kesalahan seperti kegagalan beberapa kali untuk memastikan pelanggan duduk sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain, membolehkan kumpulan berinteraksi antara satu sama lain dan membenarkan kumpulan dengan lebih dua individu yang bukan daripada isi rumah yang sama duduk rentas beberapa meja.



Antaranya termasuk Club Secret yang terletak di 5 Magazine Road, Bollywood Beats di Circular Road, Kaayaloram di 77 Boat Quay dan The Penny Black di 26 Boat Quay.



Sementara itu, empat premis telah dikenakan denda sebanyak $1,000 hingga $2,000 setiap satu kerana melanggar peraturan langkah pengurusan selamat termasuk pelanggan duduk kurang 1 meter antara satu sama lain.



Ia termasuk Express Tandoor di 70 Boat Quay, Cold Play Bar & Bistro di Orchard Road, PCI Global Pte Ltd di North Bridge Road dan Xiang Fei Pte Ltd di Selegie Road.



Sementara itu, lapan individu dikenakan denda $300 setiap seorang kerana berhimpun dalam kumpulan lebih daripada yang dibenarkan semasa makan di beberapa cawangan makanan dan minuman.



Di samping itu, sejumlah 79 individu didenda kerana melanggar perintah SMM dari 17 hingga 20 Julai di beberapa taman dan pantai yang diuruskan Lembaga Taman Negara (NParks) kerana tidak memakai pelitup apabila tidak melakukan senaman, dan berhimpun dalam kumpulan lebih besar daripada had dibenarkan.



MSE mengingatkan warga untuk mematuhi SMM ketika sekatan diketatkan semasa tempoh Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat).



"Sekatan ini dilancarkan untuk menjaga keselamatan semua dan kami harus bekerja sama untuk mengekang penularan Covid-19 di kalangan masyarakat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >