Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lesen restoran Eng's Heritage di Northpoint City digantung susuli pelanggan radang perut

Jan 13, 2021 | 10:26 PM



RESTORAN mi wanton Eng's Heritage di pusat beli-belah Northpoint City digantung lesennya mulai Rabu (13 Januari) menyusuli satu kejadian radang perut dan usus atau 'gastroenteritis' pada Januari.



Seramai 26 orang dilaporkan mengalami tanda penyakit tersebut selepas memakan makanan yang disiapkan restoran itu antara 7 Januari dengan 9 Januari, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan bersama pada Rabu.



Kenyataan itu menambah lima orang kini dirawat di hospital dan berada dalam keadaan mantap dengan satu kes tambahan sudah dibenarkan pulang dari hospital.



Eng's Heritage adalah restoran mi wanton yang juga menyajikan roti 'bun' dan sajian gulungan ala Teochew yang dipanggil 'ngoh hiang'.



Radang perut dan usus membawa pada cirit-birit atau muntah dan disebabkan oleh virus, bakteria atau toksin bakteria.



"Semua pengendali makanan yang bertugas di premis yang digantung ini diperlukan menghadiri semula dan lulus dalam kursus kebersihan makanan asas sebelum mereka boleh menyambung tugas sebagai pengendali makanan," kata MOH dan SFA.



Eng's Heritage juga diperlukan membersihkan premisnya termasuk peralatan dan alat memasak yang digunakan.



SFA pula mengingatkan operator makanan agar mengamalkan amalan kebersihan makanan dan peribadi yang baik setiap masa sambil menambah ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Sekitaran.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >