Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Lestarikan bahasa Melayu'

Jul 24, 2018 | 05:30 AM



September ini, Kempen Bulan Bahasa menyambut ulang tahunnya yang ke-30. Bagi meuar-uarkan kempen tahun ini, satu sidang media telah diadakan. Berikut BERITA HARIAN menyiarkan foto-foto yang dirakam di acara yang berlangsung di Bangunan Perpustakaan Negara baru baru ini.



BULAN Bahasa merupakan wadah yang penting dalam kalendar kegiatan masyarakat Melayu setempat dan ia juga peluang bagi masyarakat melestarikan penggunaan bahasa Melayu kata beberapa Duta Bahasa.



"Harapan saya ialah agar anak muda terus menggunakan bahasa ibunda ini tanpa rasa malu, malah selesa untuk berkomunikasi dalam bahasa ini," kata Encik Hairianto Diman, seorang Duta Bahasa yang dilantik pada 2015.



"Dengan itu, penting bagi kita untuk terus melestarikan bahasa Melayu," tambahnya ketika dihubungi semalam.



Harapan yang sama turut dikongsi Encik Shahrizal Salleh atau lebih dikenali sebagai Cef Bob.



Beliau dilantik sebagai Duta Bahasa tahun ini bersama Cik Farhana M Noor dan Encik Bakti Khair.



"Saya berharap agar dapat menggalak lebih ramai masyarakat Melayu terutamanya anak muda untuk menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka," kata Cef Bob.



Duta Bahasa dilantik Majlis Bahasa Melayu Singapura sebagai individu teladan yang menghidupkan dan memperjuangkan bahasa Melayu. Mereka merangkumi tokoh daripada pelbagai bidang.



Bulan Bahasa tahun ini akan dilancarkan di Wisma Geylang Serai (WGS) pada 1 September ini.



Antara kegiatan yang bakal disajikan di acara pelancaran Bulan Bahasa 2018 ialah persembahan koir, pertandingan nyanyian serta reruai permainan.



Sebagai contoh, kumpulan Sriwana akan mementaskan bangsawan Tajul Ariffin di samping mendendangkan lagu-lagu klasik Melayu



Beberapa pertubuhan yang terlibat dalam acara tersebut ialah Sekolah Rendah Wellington dan Nusantara World Music.



Murid-murid Sekolah Rendah Wellington misalnya akan membuat persembahan nyanyian bertajuk 'Bicara Berirama' dan akan melakonkan puisi dan prosa Melayu.



Terdapat juga Pertandingan nyanyian Juara Si Cilik oleh Nusantara World Music di mana Pelajar akan mempersembahkan lagu rakyat dan tradisional Melayu dalam versi tersendiri



Sekolah Rendah Admiralty, Sekolah Menengah Orchid Park, Sekolah Menengah Yusuf Ishak dan Sekolah Sains dan Teknologi, Singapura pula akan mengendalikan reruai bagi membuka peluang orang ramai menyelami bahasa, budaya dan warisan Melayu menerusi pelbagai kegiatan permainan.



Tahun ini, lagu tema Kempen Bulan Bahasa yang bertajuk 'Bahasa Menjunjung Budaya' telah diubahsuai oleh Megat Firdaus, seorang Duta Bahasa.



Beliau menggunakan rentak zapin dan samba bagi lagu baru itu.



Tarian bagi lagu tersebut boleh didapati dan dipelajari menerusi laman Facebook dan YouTube MBMS serta Instagram Bulan Bahasa.



Bulan Bahasa 2018 juga ingin menjadi lebih inklusif buat masyarakat tempatan.



"Bila kita sebut tentang masyarakat, kita juga melibatkan masyarakat majmuk di Singapura. Mereka mungkin bukan berbangsa Melayu tetapi boleh turut serta dalam kegiatan bahasa dan budaya yang akan diadakan di acara masyarakat serata Singapura," kata Cik Rahayu Mahzam, pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2018.



Acara anjuran Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) itu menyajikan pelbagai kegiatan yang menarik buat orang awam.



Di samping berbilang bangsa, Bulan Bahasa 2018 juga ingin menarik minat masyarakat dari pelbagai umur, antaranya ialah belia.



Tahun ini, hampir 300 belia dilantik sebagai Rakan Bahasa.



Mereka merupakan pelajar dari sekolah rendah, menengah serta maktab rendah.



Beberapa kegiatan juga dianjurkan bagi menarik minat mereka dalam penggunaan bahasa dan budaya Melayu.



Satu kegiatan yang telah dianjurkan buat Rakan Bahasa yang dilantik ialah pertandingan NewsMaker di mana mereka perlu menghasilkan satu video mengenai pelbagai pameran yang boleh didapati di galeri di Taman Warisan Melayu.



Kempen Bulan Bahasa tahun ini akan berlangsung dari 18 Ogos hingga 14 Oktober.




PELANCARAN BULAN BAHASA



Tempat: Wisma Geylang Serai



Tarikh: 1 September



Kegiatan:



- Persembahan koir oleh Sekolah Rendah Wellington bertajuk 'Bicara Berirama' yang akan menyanyikan dan melakonkan puisi dan prosa Melayu



- Pementasan bangsawan Tajul Ariffin oleh Sriwana yang akan mendendangkan lagu-lagu klasik Melayu



- Pertandingan nyanyian Juara Si Cilik oleh Nusantara World Music. Pelajar akan mempersembahkan lagu rakyat dan tradisional Melayu dalam versi tersendiri



- Selami bahasa, budaya dan warisan Melayu menerusi permainan di reruai kegiatan kendalian Sekolah Rendah Admiralty, Sekolah Menengah Orchid Park, Sekolah Menengah Yusof Ishak dan Sekolah Sains dan Teknologi, Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >