Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Letupan di Tuas: Mayat tiga pekerja akan dihantar pulang

Mar 03, 2021 | 06:54 PM




TIGA pekerja yang terkorban akibat letupan di Tuas minggu lalu dihantar pulang dalam satu upacara di Estet Perindustrian Geylang Bahru pada pagi Rabu (3 Feb).




Dalam satu kiriman Facebook, Pusat Pekerja Asing (MWC) berkata pasukannya dan Kesatuan Pekerja Binaan Bangunan dan Perusahaan Kayu (Batu) menghadiri upacara terakhir itu yang dihadiri sekitar 30 orang termasuk rakan setugas dan rakan mangsa.



Tiga lelaki yang terkorban itu ialah: Encik Marimuthu S, 38 tahun, Encik Shohel Md., 23 tahun; dan Encik Anisuzzaman "Ani" Md., 29 tahun.



MWC berkata mayat mereka akan dihantar pulang ke kampung halaman mereka di India dan Bangladesh pada Khamis (4 Mac).



Adik lelaki Encik Marimuthu, yang juga bekerja di Singapura, akan membawa pulang mayat abangnya.



Seramai 10 pekerja dibawa ke hospital selepas letupan di 32E Tuas Avenue 11 Rabu lalu.



Dua daripada mereka dibenarkan pulang tidak lama kemudian, tiga meninggal dunia dan lagi lima dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU).



Tetapi pada Selasa, empat daripada lima mangsa yang masih berada di hospital dipindahkan ke unit pergantungan tinggi dan tidak lagi berada dalam keadaan kritikal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >