Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Letupan di Tuas: Perbicaraan awam mulai 20 Sept

Sep 17, 2021 | 05:30 AM



JAWATANKUASA siasatan mengenai letupan di Tuas yang mengorbankan tiga pekerja Februari lalu akan mengadakan perbicaraan awam mulai 20 September ini.



Bahagian pertama persidangan hingga 8 Oktober akan memberi tumpuan kepada "sebab dan keadaan" kemalangan itu, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan semalam.



Kementerian itu berkata ia telah menyiasat kemalangan tersebut dan sekumpulan peguam negara akan membentangkan hasil siasatan di perbicaraan itu.



Siasatan itu termasuk "mengunjungi tapak dan mengumpul bukti, mengenal pasti dan mewawancara saksi utama, dan mengarahkan ujian forensik dan simulasi pakar bagi mesin dan bahan yang terlibat dalam kemalangan itu", kata MOM.



Saksi dan pakar dijangka memberi keterangan.



Orang ramai boleh menghadiri perbicaraan itu yang akan diadakan dari 10 pagi hingga 5 petang di Mahkamah 8A di Mahkamah Negara pada hari berikut: 20 hingga 24 September, 27 September hingga 1 Oktober, dan 4 Oktober hingga 8 Oktober.



Namun, bilangan hadirin di mahkamah akan dihadkan bagi mematuhi langkah pengurusan selamat, dan tarikh dan waktu perbicaraan mungkin berubah, tambah kementerian itu.



Sejumlah 10 pekerja cedera dalam kejadian pada 24 Februari lalu itu.



Tiga orang kemudian meninggal dunia akibat kecederaan mereka.



Pekerja terakhir yang cedera dibenarkan keluar dari hospital Jun lalu.



Jawatankuasa siasatan itu dipengerusikan oleh Hakim Daerah Kanan Ong Hian Sun.



Beliau dibantu pengurus besar loji Petrochemical Corporation of Singapore, Encik Lucas Ng; dan ketua pegawai inovasi di Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan, Dr Peter Nagler.



MOM menambah bahagian kedua perbicaraan awam akan diadakan dari 15 hingga 19 November untuk mengkaji semula saranan bagi mengelakkan kemalangan sedemikian daripada berulang.



Maklumat lanjut mengenai bahagian kedua perbicaraan itu akan diumumkan kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >