Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Letupan Loji Pembakaran Tuas: 1 mati, 2 cedera teruk

Sep 23, 2021 | 07:26 PM



SATU letupan di Loji Pembakaran Tuas yang dipercayai membunuh seorang individu dan mencederakan dua yang lain berlaku pada tengah hari Khamis (23 September).



Apabila akhbar The Straits Times (ST) tiba di lokasi letupan di Tuas Avenue 20 sekitar 4.30 petang, beberapa kereta polis dan sekurang-kurangnya enam kenderaan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dikesan di tapak loji.



Seorang pekerja memberitahu ST seorang individu meninggal dunia dalam kejadian itu.



Seorang lagi pekerja berkata tubuh dua pekerja yang cedera nampak hitam dan pakaian mereka koyak.



Loji ini dikendalikan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Kelihatan beberapa pekerja lain memakai topi keledar dan menyarung seragam biru muda berhimpun di luar bangunan.



Pegawai polis kelihatan sedang berbual dengan beberapa pekerja.



Sekitar 5 petang, empat kenderaan SCDF, termasuk sebuah ambulans dan dua kereta bomba, meninggalkan loji itu.



Loji Tuas ini adalah salah satu daripada dua loji pembakaran sampah di Singapura.



Ia dibina dengan anggaran kos $200 juta dan berdiri di tapak tanah yang ditebus guna seluas 6.3 hektar. Ia berupaya membakar 1,400 tan sampah dengan lima unit pembakarnya.



Sebelum ini, pada 24 Februari, satu letupan berlaku di bangunan perindustrian di 32E Tuas Avenue 11, membunuh tiga orang.



Sebelum kejadian hari ini, jumlah kematian tempat kerja pada 2021 sehingga September adalah 27.



Pada 2020 pula, terdapat 30 kematian tempat kerja manakala pada 2019, sebanyak 39 kematian tempat kerja dilaporkan. Jumlah kes kematian tempat kerja pada 2018 adalah 41 kes.



NEA, SCDF dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah dihubungi ST mengenai kejadian Khamis.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >