Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Letupan maut di Tuas ada kaitan dengan mesin pernah terbakar

Sep 21, 2021 | 05:30 AM



SELAMA seminit semalam, setiap orang dalam bilik perbicaraan bertafakur memperingati tiga korban letupan di sebuah bangunan perindustrian Tuas 24 Februari lalu.



Encik Anisuzzaman MD, 29 tahun, Encik Subbaiyan Marimuthu, 38 tahun, dan Encik Shohel MD, 23 tahun, maut akibat kelecuran hingga 90 peratus pada tubuh mereka.



Kesan letupan itu, yang berkait sebuah mesin pembancuh, menyebabkan panel jendela bangunan itu bersepai, tembok belakang bengkel itu runtuh dan lubang besar kelihatan pada tembok sambungan unit tersebut.



Sebuah Jawatankuasa Siasatan yang dipengerusikan Hakim Daerah Kanan Ong Hian Sun dibentuk pada 2 Mac. Perbicaraan pertama mengenai kejadian itu bermula semalam.



Pekerja firma kontraktor perlindungan api Stars Engrg itu berada di bengkel di tingkat pertama bangunan di 32E Tuas Avenue 11 apabila letupan berlaku sekitar 11.20 pagi.



Sejumlah 10 orang cedera dalam letupan itu.



Sepasukan peguam negara yang diketuai Cik Kristy Tan memberi kenyataan pembukaan saemalam.



Menurut Cik Tan, mesin pembancuh itu dibeli menerusi wadah dalam talian Alibaba pada Ogos 2019 dan dipasang di bengkel Jun tahun lalu.



Ia digunakan bagi membancuh bahan, termasuk kanji kentang bagi menghasilkan tanah liat tahan api yang digunakan bagi menghasilkan pembalut api keluaran Stars Engrg.



Beberapa rentetan peristiwa hingga kejadian itu berlaku dibentang. Siasatan menunjukkan minyak yang digunakan Stars Engrg mungkin tidak sampai ke paras sepatutnya.



Apabila digunakan pada 8 Ogos tahun lalu, salah satu alat pemanas itu mengeluarkan percikan api dan asap.



Seorang bekas pekerja Stars Engrg, Encik Imam, mendapati minyak telah ketandusan dan salah satu batang besi pemanas rosak, lantas beliau menggantikannya dan menutup bahagian depan serta belakang paip bekas minyak. Minyak kemudian ditambah pada mesin itu.



Asap masih kelihatan pada mesin itu pada 28 Ogos dan 21 September. Seminggu selepas itu, kebocoran dikesan pada mesin tersebut tetapi masalah itu tidak ditangani segera.



Pada 12 Februari, kebakaran berlaku tetapi apinya dapat dipadam pekerja.



Penyiasat akur letupan itu ada kaitan dengan isu kimia, melibatkan penyalaan aerosol minyak.



Cik Tan menganggap kejadian itu sebagai sesuatu yang tidak harus berlaku lagi dan harus dijadikan iktibar.



Bahagian pertama perbicaraan dijangka berlangsung hingga 8 Oktober, manakala bahagian kedua antara 15 dengan 19 November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >