Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Letupan pertama didengar, bom WWII dilupuskan

Nov 18, 2019 | 04:49 PM



KAWASAN di sekitar bekas tapak kelab malam popular, Zouk, menjadi sibuk pagi tadi (18 November) apabila polis, askar, penduduk kondiminium serta tetamu hotel berdekatan membuat persiapan bagi operasi pelupusan terkawal bom relik Perang Dunia Kedua (WWII).



Letupan pertama ekoran operasi itu telah didengar sekitar 11 pagi tadi sementara gegaran kecil juga dapat dirasakan oleh mereka yang berada berdekatan dengan Sungai Singapura di samping terhidu bau letupan. 



Seorang pelancong, Encik Su Zhi Qing, 28 tahun, terdengar bunyi letupan sekitar 1 kilometer dari tapak kejadian.



Penduduk di kawasan itu telah diberi arahan bagaimana untuk mengosongkan unit mereka untuk pelupusan bom WWII seberat 50 kilogram hari ini.



Bom itu, yang dijumpai di tapak pembinaan di Jiak Kim Street Selasa lalu, akan dihapuskan antara 8 pagi tadi dan 6 petang, oleh Pasukan Pelupusan Bahan Letupan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Penghadang sepanjang 200 meter dipasang di sekitar kawasan itu semasa operasi dijalankan. 



Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata kesemua penduduk yang tinggal di kawasan terjejas - sekitar 600 unit - perlu meninggalkan rumah mereka sebelum 8 pagi dan pulang hanya selepas 6 petang.



Jalan raya di kawasan itu juga telah ditutup. Penduduk, serta tetamu dan kakitangan sebuah hotel, juga disuruh mengosongkan premis.



Polis akan menempatkan penduduk terjejas di Sekolah Rendah River Valley, di 2 River Valley Green buat sementara waktu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >