Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Letusan gunung berapi di Filipina: Penerbangan S'pura-Manila ditangguh atau dibatal

Jan 13, 2020 | 04:09 PM



SEKURANG-KURANGNYA 10 penerbangan antara Singapura dan Manila dibatalkan atau ditangguh Isnin (13 Jan) selepas letusan gunung berapi di ibu kota Filipina itu. 



Penerbangan yang terjejas termasuk Singapore Airlines (SIA), Scoot, Jetstar Airways dan Philippine Airlines, menurut laman Lapangan Terbang Changi. 



Ahad lalu, gunung berapi Taal telah mengeluarkan abu yang menyelubungi Manila, menutup lapangan terbang antarabangsa ibu kota Filipina itu. 



Namun, sebahagian operasi penerbangan diteruskan hari ini, menurut pegawai lapangan terbang tempatan. 



Sebahagian daripada operasi tersebut diteruskan pada 2 pagi (10 pagi waktu Singapura) bagi pelepasan dan 4 pagi (12 tengah hari waktu Singapura) bagi ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, lapor Reuters. 



Antara penerbangan yang terjejas selepas letusan gunung berapi itu termasuk SIA. Ia telah menukar jadual sekurang-kurangnya sembilan penerbangan, seperti SQ910, yang dijadualkan untuk berlepas dari Singapura menuju ke Manila sekitar 9.15 pagi tetapi telah berubah kepada 2 petang. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >