Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:24

Lewat di NEL dek kerosakan kereta api di Outram Park

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lewat di NEL dek kerosakan kereta api di Outram Park

Nov 14, 2016 | 11:13 AM

SATU kerosakan kereta api yang berlaku di stesen Outram Park menyebabkan kelewatan lebih satu jam di Laluan Utara-Timur (NEL) pada pagi Isnin (14 Nov).

Perkhidmatan pulih sepenuhnya pada kira-kira 10.30 pagi, dengan perkhidmatan bas percuma dan perkhidmatan bas yang membawa penumpang ke perhentian bas masih diteruskan di perhentian yang ditetapkan.

SBS Transit menulis tweet mengenai kelewatan itu pada 9.33 pagi, memberi amaran tentang tambahan 15 minit bagi masa perjalanan di sepanjang NEL.

Pada 9.56 pagi, ia menulis satu lagi tweet bahawa bas percuma disediakan di perhentian bas yang ditetapkan antara stesen Harbourfront dan Dhoby Ghaut.

SBS Transit mengumumkan perkhidmatan penuh telah disambung semula pada 10.36 pagi.

Penumpang berkata kerosakan itu menjejas perjalanan di kedua-dua arah NEL.

Pada kira-kira 10.15 pagi, pengumuman dibuat di stesen Chinatown untuk memberitahu penumpang bahawa tambang tidak ditolak di gantri keluar bagi stesen terjejas.

Penumpang juga dilihat menunggu kira-kira 15 minit dalam sebuah kereta api tidak bergerak yang dalam perjalanan ke stesen Harbourfront.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3