Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lewat jalan raya, laluan lebih menarik dengan kian banyak tanaman pokok bunga

Feb 05, 2022 | 06:28 AM



JALAN raya dan laluan pejalan kaki di Singapura kini dihiasi dengan warna-warna perayaan seperti ungu, merah jambu dan kuning.



Tumbuh-tumbuhan yang mekar berwarna terang seperti Garlic Vine, pokok renek Orange Bells, Bougainville, Common Pulai (Alstonia angustiloba) dan Crown Flower boleh didapati di sepanjang West Coast Highway, Toa Payoh Rise dan Upper Changi Road.



Lembaga Taman Negara (NParks) berkata dalam satu pos di Facebook pada Rabu lalu bahawa tujuannya adalah untuk membawa alam semula jadi lebih dekat ke dalam kehidupan harian penduduk Singapura.



"Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang memenuhi laluan terlindung di sepanjang jalan raya kita adalah paparan botani yang unik di sini, di Bandar dalam Alam Semula Jadi," tambahnya.



Contohnya, pokok bougainville menghiasi gerbang berbingkai keluli di sepanjang laluan pejalan kaki berhampiran Blok 925 Yishun Central.



Dan di New Upper Changi Road, burung oriole bertengkuk hitam ditemui di antara Common Pulai yang berbunga di antara Blok 25 dan 26 kawasan itu, lapor The Straits Times.



Sebagai sebahagian visinya untuk menjadikan Singapura sebuah Bandar dalam Alam Semula Jadi, NParks mempergiat usaha menambah kehijauan di taman, tepi jalan dan penghubung taman dengan tujuan memulihkan alam semula jadi dalam landskap bandar.



Hiasan tumbuh-tumbuhan di tepi jalan sedemikian direka bentuk secara semula jadi, menggunakan spesies asli untuk mencipta laluan alam semula jadi seperti di sepanjang jalan raya dan laluan pejalan kaki yang juga akan menyediakan habitat dan ruang hubungan bagi fauna seperti burung taman dan rama-rama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >