Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lewat pindah ke pusat perubatan antara faktor sumbang kematian NSF: Koroner

Jan 14, 2021 | 05:30 AM



ANGGOTA perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) yang meninggal dunia akibat strok haba pada April 2018 hanya dipindahkan ke pusat perubatan sekitar 40 minit selepas beliau dilihat menghadapi tanda-tanda kecederaan haba, siasatan mendedahkan semalam.



Kelewatan memindahkan mangsa merupakan faktor penyumbang kematian Koperal Kelas Pertama (CFC) Dave Lee Han Xuan, menurut koroner negara semalam, dalam siasatan mengenai kematian NSF itu.



CFC Lee, yang ketika itu berumur 19 tahun, dari Batalion Pertama Pengawal Singapura, meninggal dunia pada 30 April 2018, sekitar dua minggu selepas dimasukkan ke Hospital Besar Changi kerana mengalami strok haba.



Kes itu menimbulkan perbincangan mengenai keselamatan latihan dan kelemahan dalam SAF selepas Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, memberi perincian mengenai dapatan awal insiden itu di Parlimen pada Ogos 2018.



Prosiding mahkamah tentera diadakan selepas mendiang Kapten Tan Baoshu, pegawai penyelia bagi baris pantas sejauh 8 kilometer apabila kejadian itu berlaku, telah dilepaskan tanpa dibebaskan pada Januari lalu.



Menurut Mindef, Sarjan Pertama Chia Zhi Xuan, 25 tahun, didakwa atas satu tuduhan tidak mematuhi arahan umum di bawah Seksyen 21 Akta SAF, dan didenda $2,500.



Chia adalah pegawai yang menjalankan latihan larian sehari sebelum baris pantas yang disertai CFC Lee dan membuat perubahan tidak diluluskan pada pelan larian itu.



Seorang lagi pegawai biasa, Sarjan Kedua Koh Ren Zhong, 26 tahun, yang merupakan pegawai keselamatan bagi baris pantas, didakwa kerana kecuaian dalam menjalankan tugas yang sah di bawah Seksyen 17(2) Akta SAF dan didenda $1,800.



CFC Lee memulakan baris pantas pada 6.45 pagi pada 19 April 2018, dah diperhati berjalan dan berlari secara normal, kata Inspektor Stesen (SI), yang menjalankan siasatan polis bagi kematian NSF itu.



Beliau hanya mengalami kekejangan sewaktu bahagian 2 kilometer terakhir baris pantas dan diberi kebenaran meregangkan kakinya.



Namun dia kemudian dilihat mengalami kesukaran berjalan dan bercakap selepas melintasi garisan penamat pada 8.25 pagi, kata SI Aliden.



CFC Lee juga dilihat tidak koheren, bernafas secara berat dan mengeluarkan air liur dari mulut.



SI Aliden berkata pegawai medik bagi baris pantas gagal mendiagnosis CFC Lee alami kecederaan panas.



Beliau menambah Kapten Tan menolak saranan anggota tentera lain untuk memindahkan NSF itu ke pusat perubatan, dan menegaskan CFC Lee hanya mengalami keletihan fizikal dan akan pulih setelah berehat.



Pegawai itu juga menolak cadangan agar CFC Lee diberikan titisan intravena.



Kedua-dua tindakan itu melanggar peraturan tentera, kata SI Aliden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >