Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lif di AMK yang lonjat ke tingkat 17 tidak boleh diguna sementara disiasat

Mar 10, 2016 | 12:37 PM



PIHAK berkuasa sedang menyiasat kejadian terbaru dalam beberapa siri gangguan lif HDB yang membimbangkan penduduk.



Penggunaan salah satu daripada dua lif di Blok 317, Ang Mo Kio Street 31 digantung pada Selasa (8 Mac) oleh Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) selepas ia rosak pada petang Isnin.



Seorang pembantu rumah, Cik Eva Lisnawati, jatuh dan belakang badannya terpukul selepas Lif A yang beliau naiki ke tingkat bawah tiba-tiba melonjak 17 tingkat.



Ia kemudian terhenti antara tingkat 19 dan 20, memerangkap beliau, 36 tahun, lebih satu jam sebelum diselamatkan.



BCA berkata kata Majlis Bbandaran Ang Mo Kio (AMKTC), yang menguruskan lif itu, kini perlu melantik pemeriksa bebas untuk memeriksanya, lapor akhbar The Straits Times pada Khamis (10 Mac).



Majlis bandaran itu juga harus mengesyorkan kerja pembetulan dan mengemukakan laporan kepada BCA.



Jurucakap BCA berkata: "BCA akan membolehkan lif itu beroperasi semula hanya apabila siasatan dan pembetulan kerja-kerja selesai, dan BCA berpuas hati bahawa lif tersebut selamat digunakan."



Jurucakap AMKTC berkata ini kali pertamalif berusia 23 tahun itu menyebabkan masalah.



Memandangkan kejadian Isnin, beliau berkata majlis bandaran itu akana meningkatkan penyenggaraan lif, yang biasanya dilakukan sebulan sekali, walaupun ia tidak menyatakan bagaimana.



Lif itu, yang dibuat oleh Fujitec, diservis kali terakhir pada 23 Feb.



Ketua Pegawai Operasi Fujitec Singapura, Encik William Wong, berkata teknisyen syarikat itu sedang membantu siasatan BCA.



Pengerusi AMKTC, Encik Ang Hin Kee, berkata Lif B blok itu "berfungsi secara normal" dan pemeriksaan telah dijalankan oleh BCA dan Fujitec.



Ia akan terus diperiksa setiap hari beberapa hari ini, katanya.



Oktober lalu, tangan seorang penduduk berusia 85 tahun di Jurong telah terputus selepas beliau cuba menghalang pintu lif daripada tutup sebelum anjingnya, yang di rantai, boleh masuk.



Pada Januari, penggunaan sebuah lif HDB rosak di Edgefield Plains, Punggol, digantung selepas salah satu lif dalamannya kekal terbuka semasa lif bergerak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >