Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Lihat perubahan pada banduan beri kepuasan pada kerjaya

Jan 26, 2023 | 05:30 AM



SELAMA lebih enam tahun beliau berkhidmat dengan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), Sarjan Mohammad Shahid Ariffin rasa terdorong apabila melihat transformasi kehidupan yang dilalui banduan.



Khususnya, beliau berasa puas apabila banduan yang dibimbingnya giat berubah untuk merancang masa depan mereka selepas dibebaskan dari penjara.



Sarjan Shahid, 33 tahun, merupakan Pegawai Program Kerja di Institusi A2 Penjara Changi yang menyokong banduan yang mengikuti bengkel kerja setiap hari.



Beliau juga merupakan antara pegawai yang diiktiraf dengan Anugerah Pencapaian Home Team semasa Majlis Penyampaian Anugerah Menteri di Akademi Home Team baru-baru ini bagi khidmatnya yang cemerlang.



Bekerja rapat bersama banduan setiap hari, Sarjan Shahid mengendali Bengkel Kejuruteraan Jitu dan membantu banduan mempertingkat kemahiran supaya mereka dapat mencari pekerjaan setelah mereka dibebaskan.



Menurutnya, antara peranannya juga termasuk terus memberi motivasi kepada banduan itu untuk mencapai kejayaan.



"Saya berinteraksi dengan ramai banduan dan setiap daripada mereka mempunyai latar belakang yang unik dan mereka menghadapi keadaan yang berbeza.



"Sebagai pegawai program kerja mereka, saya perlu menjalin hubungan yang baik dengan mereka dan menjadi teladan yang positif supaya mereka akan terdorong untuk menghadiri kelas setiap hari," katanya yang juga bekerja rapat dengan pensyarah Politeknik Nanyang (NYP) serta Reben Kuning Singapura (YRSG) untuk mendaftar banduan dalam program itu.



Selain membimbing banduan dari segi mempertingkat kemahiran mereka, Sarjan Shahid berkata beliau juga mengambil berat tentang kesejahteraan sosial dan emosi mereka sebagai sebahagian usaha memastikan mereka kekal positif di dalam penjara.



"Ramai daripada mereka memerlukan seseorang yang memahami dan menyokong mereka.



"Jadi, saya cuba memainkan peranan itu juga.



"Saya akan mendengar segala isu dan keprihatinan yang mereka ada dan dari situ, saya boleh memahami lebih dekat tentang minat mereka dan memberi inspirasi kepada mereka," jelasnya.



Ditanya tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakannya, Sarjan Shahid berkata ia adalah apabila salah seorang banduan yang dibimbingnya menerima tawaran pekerjaan.



"Salah seorang daripada banduan yang saya bimbing dapat menunjukkan prestasi yang baik dalam semua penilaiannya.



"Dia menarik perhatian saya sebaik sahaja saya melihat peningkatannya, dan saya berpeluang bercakap dengannya tentang matlamat dan objektifnya selepas latihan," katanya.



Menurut Sarjan Shahid, banduan tersebut berjaya menerima tawaran pekerjaan dengan sokongan YRSG serta Persatuan Kejuruteraan Jitu dan Teknologi Singapura (Speta).



"Banduan itu lari ke arah saya setelah temu duganya dan mengucapkan terima kasih dengan senyuman besar terukir di mukanya," ujarnya.



Menyifatkan pengiktirafan yang diterimanya baru-baru ini sebagai pembakar semangat buatnya, beliau berkata:



"Pengiktirafan ini memberi saya keberanian untuk terus memberi motivasi kepada pasukan saya dan kumpulan banduan yang saya bimbing.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang merupakan sebahagian daripada perjalanan saya termasuk keluarga, rakan-rakan, penyelia dan pasukan saya."




"Sebagai pegawai program kerja mereka, saya perlu menjalin hubungan yang baik dengan mereka dan menjadi teladan yang positif supaya mereka akan terdorong untuk menghadiri kelas setiap hari."
- Sarjan Mohammad Shahid Ariffin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >