Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lihat semula dua bendera bersejarah yang diderma kepada SG

Bendera Kesatuan dan Bendera Negeri-Negeri Melayu Bersekutu diberi kepada MFA oleh anak hos acara penyerahan kalah Jepun kepada Britain pada 1945
Jan 04, 2020 | 05:30 AM



SELEPAS Jepun menyerah kalah kepada Britain pada 1945, dua bendera penting dalam sejarah Singapura disimpan oleh Leftenan Kolonel Geoffrey Sherman.



Dua bendera itu ialah Bendera Kesatuan (Union Flag) dan Bendera NegeriNegeri Melayu Bersekutu. Mendiang Sherman bertanggungjawab menganjurkan acara penyerahan kalah Jepun di bangunan lama Dewan Bandaraya Singapura.



Selepas beliau meninggal dunia pada 2009, anak keduanya, Encik Nicholas Sherman, membawa dua bendera itu semula ke Singapura pada 2012 dan mendermakannya kepada Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Buat kali pertama sejak itu, Encik Sherman dan isterinya, Cik Rosemary, mengunjungi negara ini untuk melihat bendera tersebut, yang dipamer di bangunan MFA di Sherwood Road.



Mereka disambut oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, pagi semalam.



"Kami memutuskan membawa dua bendera itu kembali ke Singapura hanya kerana ia perkara yang betul dilakukan," kata Encik Sherman.



Dua bendera itu membawa cerita luar biasa kerana ia bertahan walaupun berlaku peperangan dan sebahagian daripada warisan Singapura.



"Ini peringatan bagi kita semua tentang sejarah Singapura yang sukar. Ia membolehkan kita merenung dan menghargai kebebasan yang kita nikmati," kata Dr Maliki.



"Saya harap kita dapat belajar lebih banyak daripada sejarah ini untuk melihat ke mana kita boleh tuju buat masa depan," tambahnya.



Bendera Kesatuan menampilkan di tengahnya tiga mahkota empayar (merujuk kepada tiga Negeri Selat - Singapura, Pulau Pinang dan Melaka) dalam sebuah bentuk rombus berwarna merah dan putih.



Ia bendera gabenor Negeri-Negeri Selat, yang juga pesuruhjaya tinggi British di Malaya.



Bendera Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, yang digunakan antara 1895 dan 1941, mempunyai gambar harimau Malaya dan jalur melintang putih, merah, kuning dan hitam, mewakili negeri Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang di bawah jajahan British.



Ia juga digunakan bagi Kesatuan Melayu dari 1946 hingga 1948 dan Persekutuan Melayu dari 1948 hingga 1950.



Dua bendera itu dinaikkan di Berek Tanglin ketika Jepun masuk ke Singapura pada 1942. Setelah diturunkan, dua bendera itu disembunyikan di Penjara Changi semasa perang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >