Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima bahan psikoaktif baru disenarai di bawah ubat terkawal Kelas A mulai Mei

Apr 30, 2019 | 03:02 PM



LIMA bahan psikoaktif baru akan dikategorikan semula di bawah senarai ubat terkawal Kelas A mulai 1 Mei. 



Menyatakan demikian dalam satu kenyataan, Biro Narkotik Pusat (CNB) telah menyenaraikan lima ubat tersebut: Adamantyl CHMINACA atau SGT-37; 3,4-DCMP; 5-Fluoro-cumyl-PICA; 5-Fluoro-SDB-005; dan SDB-005.



Ini bermaksud pengedaran, pemilikan dan pengambilan bahan-bahan tersebut merupakan satu jenayah dengan denda yang lebih berat. 



Bahan-bahan psikoaktif baru merupakan bahan yang mempunyai kesan yang sama seperti ubat terkawal lain seperti ganja, kokain, ecstasy, methamphetamine atau heroin. 



Lima perkara ini akan dipindahkan dari jadual kelima Akta Penyalahgunaan Dadah ke jadual pertama akta tersebut.



CNB berkata ia juga akan menyenaraikan satu lagi bahan- lisdexamphetamine- dalam jadual pertama sebagai ubat terkawal Kelas A. 



Sesiapa yang didapati bersalah mengedar dadah terkawal Kelas A akan menghadapi hukuman penjara sekurang-kurangnya lima tahun dan lima sebat. 



Pesalah juga boleh dikenakan denda yang dipertingkat jika mereka mengulangi kesalahan tersebut atau menjual dadah kepada pembeli yang muda atau mereka yang berisiko. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >