Lima bandar HDB akan punyai laluan basikal sepanjang 40km
Mar 27, 2019 | 05:30 AM
LIMA kawasan bandar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan mempunyai lebih 40 kilometer laluan berbasikal dalam tempoh lima tahun mendatang.
Langkah itu adalah sebahagian usaha mengembangkan prasarana berbasikal negara ini, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam.