Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima cadangan bagi menambah baik sistem COE

COE
Jul 28, 2022 | 05:30 AM



DI tengah-tengah harga rekod Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE), terdapat saranan supaya sistem kuota kenderaan itu diubah suai.



Perubahan disarankan termasuk mengharamkan penjual kereta membida bagi COE dan mewajibkan pembida membayar bidaan yang dibuat.



Cadangan itu bukan sepenuhnya baru, dan telah dilakukan sepanjang sistem lelong 32 tahun itu diperkenalkan.



Selama tiga dekad, beberapa perubahan telah juga dibuat.



Jumaat lalu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan satu perubahan yang bertujuan mengurangkan turun naik besar dalam bekalan COE.



Mulai bulan depan, setiap kuota tiga bulan akan berdasarkan separuh jumlah pembatalan pendaftaran kenderaan sepanjang enam bulan sebelumnya, bukan tiga seperti sekarang.



Berikut lima saranan yang popular:



1. Bayar jumlah yang dibidakan



Sekarang, pembida COE berjaya membayar harga bida paling rendah yang berjaya.



Namun, sesetengah pihak menyatakan ia menggalak sikap acuh tidak acuh.



Mewajibkan pembida membayar jumlah yang mereka bida bukanlah cadangan baru.



Seorang penyelidik pengangkutan yang juga zamil di Akademi Kejuruteraan Singapura, Dr Lee Der-Horng, memberitahu The Straits Times bahawa sistem bayar jumlah yang dibida "akan membuatkan pembida lebih berhati-hati semasa membida".



2. Larang penjual kereta mengemukakan bida



Sejak sistem COE dimulakan pada 1990, peniaga kenderaan menguasai pembidaan.



Hari ini, hampir semua bidaan dibuat oleh penjual kereta.



Sesetengah permerhati mengatakan ini menggalak pembidaan agresif dan telah berulang kali meminta penjual kenderan agar dilarang membida.



Namun, industri permotoran mengatakan majoriti pembeli memerlukan pinjaman apabila membeli kereta, dan pinjaman dipakejkan bersama COE.



Mereka menambah terdapat individu mungkin tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk membida bagi COE, yang memerlukan deposit $10,000.



Industri itu juga mengatakan penjual kereta juga ingin agar harga COE kekal rendah, kerana lonjakan harga sering memerlukan mereka memberi subsidi tinggi.



3. Mengeluarkan teksi daripada bidaan COE



Terdapat saranan sejak awal sistem kuota supaya teksi dikeluarkan daripada bidaan COE. Ini memandangkan jumlah teksi yang besar boleh mempengaruhi harga apabila pemilik perlu memberharu kenderaan mereka.



Saranan itu diterima pada 2012, tetapi pemandu kereta sewa kemudian mula membanjiri pasaran. Pemerhati industri berkata mereka juga harus dikeluarkan dari bidaan.



"Kereta sewa privet digunakan untuk tujuan perniagaan. Membuat mereka bersaing dalam kumpulan sama seperti pembeli kereta tidak masuk akal," ujar Dr Zafar Momin, bekas pakar automotif di Boston Consulting Group yang telah bersara.



4. Menggugurkan kategori Terbuka



COE dalam kategori Terbuka secara teorinya boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan kecuali motosikal. Tetapi hakikatnya, ia hampir secara eksklusif digunakan bagi kereta lebih besar.



Dr Momin menyarankan agar kategori Terbuka dibubarkan dan diagihkan semula sijilnya.



Beliau berkata Kategori B juga harus dibahagikan kepada dua bahagian, untuk memisahkan "kereta mewah yang sangat mahal daripada kereta biasa yang mempunyai enjin lebih 1.6 liter".



5. Kategori berasingan bagi kereta elektrik (EV)



Sejak kereta elektrik mula tersedia dengan lebih meluas di sini lima tahun lalu, telah dinyatakan bahawa kebanyakannya termasuk dalam Kategori B, iaitu untuk kereta lebih besar dan lebih berkuasa, dan kini jauh lebih mahal daripada Kategori A (kereta lebih kecil).



Terdapat saranan supaya diadakan kategori COE berasingan bagi kenderaan elektrik.



"Membiarkan mereka dalam kategori Kategori B yang luas, akan menjadikan mereka sangat mahal," tambah Dr Momin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >