Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima CDC anjur program peningkatan diri SkillsFuture@CDC 2020

Aug 07, 2020 | 06:45 PM




BAGI membolehkan pembelajaran sepanjang hayat dan menggalakkan peningkatan kemahiran, lima majlis pembangunan masyarakat (CDC) telah bergabung tenaga untuk mengadakan acara SkillsFuture@CDC 2020 selama seminggu bagi penduduk dan warga Singapura.




SkillsFuture@CDC 2020 merupakan sebahagian daripada Bulan SkillsFuture 2020, yang melibatkan lebih 18 rakan kerjasama masyarakat, pendidikan dan industri.



Ia dijangka mendekati lebih 20,000 peserta di Singapura, kata kenyataan lima CDC itu - South West, Central Singapore, North East, North West dan South East - Jumaat (7 Ogos).  




Sebanyak 50 bengkel dalam talian, webinar dan kelas akan disediakan jika mereka berminat.



Program yang tersedia dalam pelbagai bahasa dan akan bermula Isnin ini (10 Ogos) hingga 16 Ogos itu akan memberi fokus pada kemahiran yang mungkin berguna sepanjang tempoh Covid-19.



Topik bengkel merangkumi nasihat profesional mengenai kebolehkerjaan seperti bagaimana mempersiapkan diri bagi wawancara secara maya; gaya hidup serta kemahiran teknologi yang mempunyai permintaan seperti dandanan peribadi atau penyuntingan video; serta bengkel SkillsFuture Advice dari industri yang disasarkan.




Untuk keterangan lanjut  sila lungsur https://futureofyoucdc.sg/.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >