Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lima cedera dalam kebakaran di flat sewa di North Bridge Road

Jun 13, 2021 | 04:16 PM

LIMA orang dibawa ke hospital selepas satu kebakaran di North Bridge Road pada malam Sabtu (12 Jun).

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya diberitahu mengenai kebakaran di Blok 8 itu sekitar 10.15 malam.

Kebakaran itu melibatkan sebuah unit di tingkat tujuh di blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) tersebut, dan dipadamkan menggunakan jet air.

Sekitar 120 orang dipindahkan dari tingkat enam hingga 10 blok itu oleh polis.

Empat orang dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) dan satu lagi dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng.

Jurucakap itu berkata mangsa yang mengalami kecederaan hidu asap atau luka kebakaran yang teruk akan dibawa ke Pusat Kebakaran di SGH.

“Namun, jika keadaan mereka terlalu tidak stabil, mereka akan dihantar ke hospital khususan Kementerian Kesihatan yang terdekat,” tambahnya.

Punca kebakaran itu sedang disiasat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3