Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima dikejarkan ke hospital terhidu asap kebakaran

Nov 26, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI lima orang dikejarkan ke hospital kerana terhidu asap daripada satu kebakaran di sebuah flat di tingkat dua di Hougang petang kelmarin.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu catatan Facebook berkata ia menerima panggilan mengenai satu kebakaran di Blok 537 Hougang Street 52 sekitar 5.45 petang.



Kebakaran itu dikatakan berlaku di ruang dapur flat tersebut.



SCDF berkata apabila anggota bombanya tiba di tempat kejadian, api masih marak dan belum dipadamkan.



Dengan memakai set alat pernafasan, angota bomba terus memasuki flat itu dan memadamkan api dengan menggunakan jet air.



Sekitar 20 penduduk dari flat di tingkat atas telah meninggalkan rumah mereka sebelum anggota bomba tiba.



"Lima daripada mereka terhidu asap semasa bergegas keluar menggunakan tangga berhampiran unit yang terbakar," kata SCDF.



Mereka dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH).



SCDF sedang menyiasat punca kebakaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >