Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima kedai di Kampong Glam didenda dek shisha

Sep 16, 2016 | 12:26 PM



LIMA peruncit didenda kerana menjual tanpa lesen ceng, atau molases (sisa daripada penyulingan jus gula tebu) dan tembakau shisha di kedai mereka di Kampong Glam, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Jumaat (16 Sep).



Kesemuanya disabitkan kesalahan mereka di mahkamah dan didenda sebanyak $14,200, dengan Cafe Le Caire (International) Pte Ltd dikenakan denda paling banyak, $4,000.



Lesen runcit tembakau empat daripada kedai itu dibatalkan sebelum ini bagi kesalahan berkaitan tembakau, tetapi mereka terus menjual ceng dan tembakau shisha.



Sebuah lagi kedai, Nefertiti Pte Ltd, yang didenda $1,800, tidak pernah memohon lesen tembakau runcit tetapi menjual tembakau shisha.



Kes-kes itu dikesan melalui tindakan penguatkuasaan HSA bagi mencegah penjualan tidak berlesen produk tembakau di Singapura. Ceng dan tembakau shisa dilarang di Singapura.



Peraturan Tembakau melarang import, pengedaran, jualan atau tawaran bagi jualan ceng dan tembakau shisha.



Sesiapa yang disabitkan bagi kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda hingga $10,000, penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.



Ceng dan tembakau shisha yang diimport akan disita oleh pihak berkuasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >