LONDON: Lima kelab bola sepak Liga Perdana England dan tiga kelab bola sepak Kejuaraan (peringkat Kedua) kini antara yang sedang disiasat berhubung dakwaan penderaan seks kanak-kanak bersejarah yang meluas dalam sukan tersebut seawal 1970-an, kata polis Britain kelmarin.
Polis Metropolitan telah melancarkan penyiasatan berhubung dakwaan di kelab bola sepak di London dan berkata pihaknya telah menerima 255 laporan pendakwaan penderaan seksual secara berasingan di 77 kelab atau pasukan yang telah dinamakan.