Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima lagi SSO baru akan ditubuhkan

Irma Kamarudin
Jan 23, 2014 | 02:03 PM



LIMA lagi pejabat khidmat sosial (SSO) akan ditubuhkan menjelang hujung tahun ini.


Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Chan Chun Sing, berkata SSO baru itu, yang akan mentadbir bantuan ComCare dan menawarkan khidmat sosial, akan didirikan di Yishun, Clementi, Bukit Panjang, Taman Jurong dan Serangoon.


Ini diumumkan semasa pelancaran rasmi SSO Chua Chu Kang, atau Social Service Office @ Chua Chu Kang, pagi tadi.


Encik Chan berkata, selain mengenal pasti lokasi mendirikan lima SSO baru itu, ia juga penting untuk mengenali penduduk di sekitar kawasan SSO dan melatih pegawai SSO supaya mereka dapat memberi khidmat bantuan bermutu dan terbaik.


Dengan penubuhan SSO serata Singapura, Encik Chan berharap 95 peratus atau lebih penduduk yang memerlukan akan dapat mengunjungi sesebuah SSO atau FSC (pusat khidmat keluarga) dalam jarak dua kilometer dari rumah atau tempat kerja mereka pada masa depan.


Sementara itu, empat lagi SSO di Ang Mo Kio, Bedok, Queenstown dan Sengkang akan mula beroperasi pada Jun ini.


Kesemuanya, 10 SSO telah menawarkan khidmat mereka kepada penduduk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >