Lima pegawai SCDF dituduh atas kematian pegawai NSF dalam insiden 'ragging', Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Lima pegawai SCDF dituduh atas kematian pegawai NSF dalam insiden 'ragging'

Jul 25, 2018 | 01:52 PM

 

 

LIMA kakitangan Pasukan Pertahanan Awam Singapure (SCDF) dituduh di mahkamah pada Rabu (25 Julai) berkaitan kematian anggota Perkhidmatan Negara  (NS) sepenuh masa Koperal Kok Yuen Chin, difahami, dalam satu insiden ‘ragging’.

Lagi lapan pegawai SCDF, yang  hadir semasa insiden itu berlaku di Balai Bomba Tuas View pada 13 Mei, sedang disiasat SCDF.

Lima lelaki yang dikenakan tuduhan pada Rabu ialah Mohammad Nur Fatwa Mahmood, 33 tahun; Mohamed Farid Mohamed Saleh, 34 tahun; Kenneth Chong Chee Boon, 37 tahun; Nazhan Mohamed Nazi, 40 tahun; dan Adighazali Suhaimi, 32 tahun..

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Nur Fatwa, yang berpangkat staf sarjan, dituduh melakukan perbuatan terburu-buru yang menyebabkan kematian dan bersubahat mengadang proses keadilan melalui hasutan. Nur Fatwa, didakwa, menolak Koperal Kok ke dalam perigi pam, menyebabkan Koperal Kok lemas.

Faris, Pegawai Waran Pertama, dituduh bersubahat melakukan perbuatan terburu-buru yang menyebabkan kematian. Beliau, didakwa, menghasut Staf Sarjan Nur Fatwa menolak Koperal Kok ke dalam perigi.

Leftenan Chong dan Pegawai Waran Kanan Pertama Nazhan, masing-masing, dituduh bersubahat melakukan perbuatan terburu-buru yang menyebabkan kecederaan teruk kerana berdiam diri atau ‘illegal ommission’.

Pasangan itu gagal mencegah sekumpulan pegawai bomba daripada mendesak Koperal Kok memasuki perigi pam, dan seterusnya membahayakan dirinya.

 Staf Sarjan Adighazali dituduh sengaja mengadang proses keadilan dengan memadam rakaman video - di telefon bimbit - yang menunjukkan Koperal Kok ditolak ke dalam perigi pam.

Semua pegawai ini, kecuali Staf Sarjan Nur Fatwa dijadual menghadap mahkamah lagi pdaa 3 September.

Peguam Staf Sarjan Nur Fatwa berkata kliennya bercadang merayu bersalah. Kesnya akan didengar lagi pada 25 September.

Dalam kenyataannya pada Rabu, polis berkata mereka telah merujuk lagi lapan pegawai yang hadir semasa insiden itu kepada SCDF untuk siasatan dalaman.

SCDF telah mengesahkan maklumat ini, dan berkata enam anggota SCDF yang terlibat adalah pegawai tetap dan dua lagi anggota NS sepenuh masa (NSF).

Koperal Kok, 22 tahun, meninggal dunia selepas beliau ditemui tidak sedarkan diri dalam perigi pam di balai bomba.

Penduduk tetap yang  berasal dari Malaysia itu sedang meraikan tarikh sedia beroperasi, atau tarikh beliau menamatkan NSF, dengan anggota skuad yang lain. Antara perayaan ini melibatkan beliau memasuki perigi pam - sebahagian kegiatan ‘ragging’ atau menyakat.

Koperal Kok dijadual melengkapkan khidmatnya dua hari selepas perayaan itu.

Selang sehari kematiannya, dua pegawai tetap SCDF ditangkap hubungan insiden itu dan juga digantung daripada berkhidmat, dengan separuh gaji, sementara siasatan dijalankan.

 Pasangan itu, seorang pegawai waran dan seorang star sarjan, adalah rakan kerja Koperall Kok yang bertugas dalam syif sama di balai bomba.

Selang penangkapan itu, Kementeria Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata empat lagi pegawai sedang disiasat dan tidak dibenar naik pangkat.

Satu Lembaga Siasatan (BOI) ditubuhkan untuk menyiasat kematian Koperal Kok dan memberi cadangan untuk mencegah insiden serupa.

Lembaga itu dipengerusikan seorang pengarah kanan dari Kementerian Perdagangan dan Perusahaan.

Ia juga dianggotai ahli yang bukan dari MHA atau SCDF, dan ia akan menyumbangkan laporannya kepada MHA.

Ekoran kematian Koperal Kok, SCDF memperkukuh langkah-langkah mencegah kegiatan ‘ragging’, seperti memasang pagar besi di pembukaan perigi pam di balai bomba, untuk melarang penggunaan tanpa kebenaran.

Langkah lain yang diambil adalah memperluas penggunaan kamera CCTV di perkarangan SCDF untuk mencegah dan mengesan kegiatan yang tidak dibenarkan.

Menurut SCDF, jika lapan pegawai yang kini disiasat secara dalaman itu didapati melanggar undang-undang dan peratusan SCDF, pegawai tetap boleh dikenakan tindakan disiplin perkhidmatan awam, termasuk dipecat atau diturunkan pangkat.

 Pegawai NSF boleh ditahan atau diturunkan pangkat, di bawah Akta Pertahanan Awam.

Dalam kenyataannya, SCDF berkata ia mengambil pendekatan toleransi sifar terhadap perbuatan ‘ragging’ dan berkata ia akan mengambil tindakan tegas ke atas sebarang pegawai yang didapati terlibat dalam kegiatan sebegitu.

Sesiapa yang didapati bersalah melakukan perbuatan terburu-buru yang menyebabkan kematian boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda atau kededuanya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map