Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima pelukis muda giat ukir nama di persada seni

Di bawah naungan galeri privet, Cuturi Gallery, mereka asah bakat dan kerjaya di peringkat setempat, antarabangsa
Mar 13, 2023 | 05:30 AM



Landskap seni halus dan visual masyarakat Melayu Singapura kian mekar. Usaha giat seniman telah memacu kerjaya mereka ke peringkat lebih tinggi, sekali gus menyumbang kepada ekonomi kreatif yang sedang dibangun negara. Ikuti laporan BERITA HARIAN tentang dua golongan pelukis - muda dan mapan - dalam usaha mereka mengukir nama di persada dunia seni. 



LIMA pelukis muda tanah air kini giat mengasah bakat dan kerjaya seni mereka di bawah naungan sebuah galeri privet di sini dengan harapan karya mereka dapat menerima sambutan bukan sahaja di Singapura malah di peringkat antarabangsa.



Pelukis tersebut - Aisha Rosli, Israfil Ridhwan, Faris Heizer, Khairulddin Wahab and Afiqa A'mran - kini bergiat bersama Cuturi Gallery, yang terletak di Aliwal Street, Kampong Glam.



Menerusi galeri itu, karya beberapa daripada mereka baru-baru ini telah dipamerkan semasa Minggu Seni Singapura (SAW) dari 6 hingga 15 Januari 2023 - Khairuldin mengadakan pameran solonya di Cuturi Gallery manakala Aisha, Faris dan Israfil mengetengahkan karya mereka dalam karnival seni terbesar Asia Tenggara, ART SG 2023, di Marina Bay Sands.



Faris juga akan mengetengahkan karyanya bersama Kohn Gallery di Art Expo Chicago; di pameran The Armory di New York; dan mengadakan pameran solo di Kohn Gallery di Los Angeles pada November 2023.



Pengasas Cuturi Gallery, Encik Kevin Troyano Cuturi, berkata beliau mewakili lima artis muda Melayu itu berdasarkan merit.



Galerinya, kata beliau, merupakan platform yang baik bagi artis seperti mereka mengetengahkan karya masing-masing.



Bakat mereka dikenal pasti menerusi media sosial, pertunjukan akhir pengajian dan atas saranan artis lain serta mereka yang bergiat dalam dunia seni.



"Kami mempunyai pengumpul seni yang telah menjadi penaung dan suka membantu artis muda yang bersama kami.



"Selain seni mereka dapat perhatian, kami juga membantu mereka tentang cara menguruskan kerjaya dan membantu mereka dalam pameran luar negara," kata Encik Cuturi.



Berusia 33 tahun, Encik Cuturi memulakan galerinya di sini pada Disember 2019. Beliau juga mempunyai sebuah lagi galeri di London.



Encik Cuturi mula meminati seni sejak kecil sebelum menjadi pengumpul seni dan kini "mahu memainkan peranan dalam ekosistem seni menerusi galeri seni," katanya yang pernah bekerja dalam sektor kewangan dan teknologi.



Menyentuh tentang sokongan Cuturi Gallery itu, Khairulddin, 33 tahun, berkata ia telah membantu dalam kerjayanya sebagai seniman dengan menyertakannya dalam pameran setempat dan antarabangsa.



"Ia membolehkan saya mempamerkan karya saya kepada lebih ramai orang, di kededua peringkat serantau dan antarabangsa, terutama semasa Minggu Seni Singapura yang telah menarik perhatian antarabangsa," katanya.



Israfil, 24 tahun, pula berkata Cuturi Gallery telah membuka pintu baginya kepada pelbagai peluang yang sebelum ini tidak pernah terfikirkannya.



"Bagi kami artis setempat di bawah naungan galeri, kami dapat saling belajar dan membantu antara satu sama lain. Ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan kerana masyarakat seni kecil, terutama bagi artis profesional muda yang berusaha untuk mengukir nama," kata beliau.



Afiqa pula menambah jika tidak kerana sokongan Cuturi Gallery, beliau tidak terfikir untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelukis.



"Melukis sentiasa menjadi minat besar saya tetapi saya tidak pernah terfikir yang saya akan cukup baik untuk menjadi seorang artis.



"Peluang ini telah memberikan saya keyakinan dan dorongan untuk terus maju dan berjaya dalam bidang ini," kata Afiqa, 28 tahun.



Dalam usaha untuk memajukan artis di bawah nauangannya pula, Cuturi Gallery juga mempunyai program residensi.



Menerui program tersebut artis digalakkan bekerja dalam studio selama enam hingga lapan bulan bagi membantu menghasilkan karya dan membangunkan kerjaya mereka.



Antara mereka yang sedang menyertai program itu ialah Israfil dan Afiqa. Aisha pula menyertainya pada 2021.



Aisha kini sedang mengadakan pameran solonya di galeri tersebut dari 4 Mac hingga 26 Mac 2023. Ini kali kedua Aisha mengadakan pameran solo di Cuturi Gallery - yang pertama tiga tahun lalu.



Menurutnya, beliau mengambil tempoh setahun untuk menghasilkan karya bagi pameran solo terbarunya itu kerana beliau mahukan pendekatan berbeza sedikit daripada cara beliau melukis karakternya.



"Rasanya seronok untuk mendapat perhatian daripada galeri-galeri berprestij luar negara dan dari mereka yang terlibat dalam bidang seni.



"Saya harap satu hari nanti saya diberi peluang untuk bekerjasama antara Cuturi Gallery dengan galeri lain bagi pameran solo luar negara pula," ujar Aisha, 26 tahun.



Bagi Faris, 25 tahun, mengadakan pameran solo luar negara merupakan yang pertama baginya.



Perasaan bimbang memang agak terasa tetapi beliau yakin dapat menghasilkan karya bernilai tinggi semasa pameran tersebut.



"Saya sangat berterima kasih dan ghairah untuk mempamerkan karya saya di Amerika kerana ia merupakan satu pencapaian besar mengadakan pameran di Amerika.



"Banyak galeri besar berada di sana. Terdapat juga ramai artis antarabangsa yang saya kagumi, saya bangga dapat bersama mereka," kata Faris.




"Bagi kami artis setempat di bawah naungan galeri, kami dapat saling belajar dan membantu antara satu sama lain. Ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan kerana masyarakat seni kecil, terutama bagi artis profesional muda yang berusaha untuk mengukir nama."



- Israfil Ridhwan, artis.



"Saya sangat berterima kasih dan ghairah untuk mempamerkan karya saya di Amerika kerana ia merupakan satu pencapaian besar mengadakan pameran di Amerika.



Banyak galeri besar berada di sana. Terdapat juga ramai artis antarabangsa yang saya kagumi, saya bangga dapat bersama mereka.''



- Faris Heizer, artis.



"Kami mempunyai pengumpul seni yang telah menjadi penaung dan suka membantu artis muda yang bersama kami.



Selain seni mereka dapat perhatian, kami juga membantu mereka tentang cara menguruskan kerjaya dan membantu mereka dalam pameran luar negara."



- Encik Kevin Troyano Cuturi, Pengasas Cuturi Gallery.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >