Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima pemandu saman SBS Transit

Sep 24, 2019 | 08:36 AM



 





LIMA pemandu bas menyaman majikan mereka, pengendali bas dan keretapi SBS Transit (SBST), atas pertikaian gaji.



Menurut dokumen mahkamah yang difailkan oleh peguam mereka, Encik M. Ravi dari Carson Law Chambers, pemandu mendakwa bahawa SBST membayar mereka kurang daripada kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bagi kerja  lebih masa, dan catatan jumlah masa kerja mereka tidak sama dengan kenyataan gaji bulanan yang diberi.



Dokumen menunjukkan bahawa salah satu daripada pemandu itu, Encik Chua Qwong Meng, bekerja untuk tujuh hari berturut-turut tanpa hari rehat dan mencatatkan lebih dari 44 jam waktu kerja dalam seminggu.



Namun, beliau mendakwa bahawa beliau tidak dibayar kadar bayaran kerja lebih yang ditetapkan dan membuat laporan terhadap Perikatan Tiga Pihak bagi Penyelesaian Pertikaian dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Menurut The Straits Times (ST), Encik Chua juga menghadiri mesyuarat  bersama Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU) dan wakil daripada SBST dan ComfortDelGro pada Julai dan Ogos tahun ini tetapi tidak mendapat jawapan muktamad, menurut kenyataannya.



Beliau juga meminta surat rasmi dengan pecahan gaji bulanannya tetapi tidak menerimanya dalam masa dua hari, seperti yang telah dipersetujui oleh SBST.



Encik Ravi berkata empat pemandu yang lain juga memfailkan dakwaan yang serupa.



SBST mempunyai lapan hari untuk memfailkan notis di mahkamah bahawa mereka akan mempertahankan diri mereka terhadap dakwaan oleh pemandu bas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >