Subuh
5:27
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:10
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Lima pengarah baru AMP dilantik

Dec 07, 2019 | 02:20 PM

LIMA pengarah baru telah dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah (BOD) AMP ketika Mesyuarat Agung Tahunannya yang ke-28 hari ini (Sabtu, 7 Dis).

Mereka adalah Encik Edwin Ignatious @ Muhammed Faiz, Timbalan Pengarah Jabatan Undang-undang Korporat, Agensi Makanan Singapura; Encik Fathurrahman Hj M Dawoed, Pengarah Eksekutif Andalus Corporation Pte Ltd; Encik Khairulnizam Massuan, Pengurus Kanan Program Antarabangsa, Mercy Relief; Encik Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Safinah Holdings Pte Ltd; dan Cik Siti Mariam Mohamad Salim, Pekerja Sosial Perubatan Utama, Hospital Besar Sengkang.

"Saya suka akan misi dan visi AMP. Ia juga sebuah organisasi yang mendakap kepelbagaian jadi saya rasa sangat diterima di sini.

"Masih banyak lagi yang boleh dilakukan untuk memajukan masyarakat Muslim dan saya berharap untuk memberikan sumbangan bukan hanya kepada masyarakat Islam tetapi juga masyarakat secara keseluruhannya," ujar Encik Muhammad Faiz.

Dalam pada itu, dua pengarah AMP yang paling lama berkhidmat iaitu sejak 2013, Encik Abdul Hamid Abdullah dan Dr Bibi Jan Mohd Ayyub bersara dari Lembaga AMP hari ini.

Persaraan tersebut adalah bertepatan dengan perlembagaan AMP di mana Pengarah Dilantik hanya boleh berkhidmat dalam BOD selama maksimum enam tahun.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian