DUA kemalangan yang melibatkan bas dan kenderaan lain mengakibatkan lima penumpang terpaksa dihantar ke hospital pada Rabu (27 April).
Empat penumpang yang menaiki bas Tower Transit cedera selepas bas tersebut melanggar kereta di Yishun pada malam Rabu.
Menurut jurucakap Tower Transit, bas nombor 858 itu terlibat dalam kemalangan dengan kereta di persimpangan Gambas Avenue dan Sembawang Road sekitar 8.30 malam.
Menurut polis dua penumpang bas, berusia 69 dan 71 tahun, dihantar ke hospital dalam keadaan sedar.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dihantar ke Hospital Khoo Teck Puat.
Sebelum itu pada hari yang sama, tiga penumpang bas berusia antara 30 dan 66 tahun, dihantar ke hospital dalam keadaan sedar akibat satu lagi kemalangan di Pasir Ris.
Kemalangan tersebut melibatkan bas dan lori di persimpangan Pasir Ris Drive 1 dan Loyang Avenue sekitar 3.20 petang.
Tiga penumpang tersebut dihantar ke Hospital Besar Changi, menurut SCDF.
Kededua kemalangan tersebut kini di bawah siasatan polis.