Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima permohonan anjur acara berkaitan konflik Israel-Palestin ditolak: Faishal

Nov 06, 2023 | 08:35 PM



Pemerintah Singapura telah menolak lima permohonan untuk menggunakan Sudut Pidato untuk acara berkaitan konflik Israel-Hamas pada Oktober 2023, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim,  di Parlimen pada Isnin.

Kawasan Sudut Pidato yang terletak di Hong Lim Park adalah satu-satunya tempat di Singapura di mana rakyat boleh mengadakan perhimpunan luar dan perarakan tanpa mendapatkan permit polis.

Mereka yang ingin menggunakan ruang tersebut perlu membuat permohonan menerusi Lembaga Taman Negara (NParks). 

Sejak tiga tahun lalu, NParks telah menerima lebih 400 permohonan untuk menggunakan ruang tersebut, di mana tujuh permohonan telahpun ditolak, kata Dr Faishal, termasuk lima berkaitan konflik Israel-Hamas. 

Menjawab soalan Ahli Parlimen Dilantik (NMP), Dr Syed Harun Alhabsyi, berhubung permohonan menggunakan Sudut Pidato bagi acara seumpama itu, Dr Faishal berkata pemerintah memahami hasrat rakyat Singapura untuk bersama-sama menunjukkan keprihatinan dan sokongan mereka, hingga menyaksikan beberapa permohonan dibuat.

Bagaimanapun, beliau menyatakan terdapat kebimbangan keselamatan dan keselamatan awam yang sebenar.

“Terdapat banyak insiden keganasan yang berkaitan dengan konflik ini yang berlaku di negara lain.

“Ketegangan kekal tinggi, dan demonstrasi awam mungkin menunjukkan sokongan, atau menunjukkan lebih simpati, kepada satu pihak dalam konflik ini.

“Ia boleh mencetuskan insiden dan juga berpotensi untuk memecahbelahkan kita sebagai rakyat Singapura.

“Apabila kita membenarkan satu acara (sebegini untuk diadakan), kita perlu membenarkan yang lain,” katanya.

Dr Faishal menambah kedudukan Singapura tidak berubah dengan permintaan sebelum ini, untuk acara yang diadakan di kawasan Sudut Pidato, di mana Pasukan Polis Singapura (SPF) telah menilai terdapat risiko keselamatan, seperti yang berkaitan dengan perang Russia-Ukraine.

“NParks akan terus menolak permohonan untuk menggunakan Speakers’ Corner (Sudut Pidato) untuk acara seperti itu selagi terdapat risiko keselamatan dan keselamatan awam,” kata Dr Faishal sambil berkata terdapat cara lain yang praktikal dan berkesan di mana rakyat Singapura boleh menunjukkan sokongan.

Ini dapat dilakukan dengan menyumbang kepada aktiviti pengumpulan dana dan kutipan derma yang dibenarkan untuk menyokong usaha bantuan kemanusiaan, seperti rayuan pengumpulan dana oleh Palang Merah Singapura.

Awal daripada itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata pihak polis telah menerima lapan laporan mengenai kenyataan atau tindakan menyinggung perasaan yang disasarkan kepada kaum Yahudi atau Muslim di Singapura pada Oktober.

Jumlah ini sama seperti jumlah laporan mengenai kelakuan anti Semitik atau anti Muslim yang polis terima dari Januari hingga September.

Profesor Faishal menegaskan pemerintah mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan yang mengancam keharmonian kaum dan agama di sini.

Walaupun rakyat Singapura mungkin berasa simpati yang mendalam terhadap mangsa yang terperangkap dalam pertempuran antara Israel-Hamas, mereka bagaimanapun harus sedar bahawa seperti mana mereka yang berasa lebih mendalam terhadap rakyat Israel yang dibunuh atau diculik oleh Hamas, terdapat juga ramai rakyat Singapura yang marah dengan penderitaan rakyat Palestin di Gaza.

“Oleh itu kita harus menunjukkan sokongan dan keprihatinan kita, dengan cara yang tidak membawa kepada konflik dan ketegangan sesama kita, dan tidak dirangka sebagai pertembungan antara agama.


“Sama ada ia melibatkan nyawa rakyat Israel atau Palestin, ia tetap nyawa, dan kita harus prihatin, dan harus bersedia untuk memberikan bantuan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >