Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima planet dapat dilihat bersama di langit S'pura mulai hari ini

Jan 21, 2016 | 10:42 AM



LIMA planet - Utarid, Zuhrah, Marikh, Zuhal dan Musytari - akan muncul bersama-sama di langit buat kali pertama dalam satu dekad, dan kesemuanya dapat dilihat dengan mata kasar di awal pagi Khamis (21 Jan) hingga 20 Februari.


Masa paling sesuai untuk melihat lima planet itu ialah awal pagi, antara 5.45 dengan 6.15 pagi, menurut Encik Albert Lim, penolong setiausaha kehormat Persatuan Astronomi Singapura (Tasos).


"Tidak kira di mana anda berada. Selagi anda berada di lokasi yang mempunyai pandangan jelas dari ufuk timur, anda akan dapat melihat planet-planet itu, bergantung pada keadaan cuaca dan awan syarat," ujar beliau kepada akhbar The Straits Times.




Planet paling dekat pada ufuk ialah Utarid, diikuti Zuhrah, Zuhal, Marikh dan Musytari, dalam lengkok ke atas.

Bulan akan menyertai kumpulan itu pada Rabu minggu depan, menurut Balai Cerap Pusat Sains dalam laman Facebook pada Rabu (20 Jan).


Pada hari itu, bulan akan berada di atas Jupiter, "lebih kurang betul-betul di atas pada 6.30 pagi", ujar pos balai cerap itu.


Jupiter dan Venus paling terang dalam kalangan planet itu.


"Gunakan dua planet itu untuk mencari yang lain - Mars akan berada di pertengahan antara Musytari dan Zuhrah, dan Zuhal kira-kira pertengahan antara Zuhrah dan Marikh," kata balai cerap tersebut.


Menurut laman web sains EarthSky.org, ini kali pertama sejak 2005 semua lima planet itu akan muncul di langit pada masa sama.


Encik Jason Kendall, anggota lembaga Persatuan Ahli Astronomi Amatur New York, berkata orang ramai mungkin mendapati sukar membezakan planet daripada bintang yBeliau menawarkan panduan mudah: Tutup sebelah mata, hulurkan tangan anda dan perlahan-lahan gerakkan ibu jari anda merentasi sesebuah titik terang di langit.ang berkelipan, lapor New York Time


Jika titit itu perlahan-lahan malap apabila ibu jari anda merentasinya, ia sebuah planet.


Jika ia cepat-cepat berkelip, ia adalah bintang yang jauh.


 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >