Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima pusat ujian dan vaksinasi bersama baru buka hari ini

Jun 23, 2022 | 05:30 AM



Mulai hari ini, lima pusat ujian dan vaksinasi bersama (JTVC) baru akan memulakan operasi vaksinasi dan ujian Covid-19.



Terletak di Ang Mo Kio, Bukit Merah, Sengkang, Woodlands dan Yishun, lima pusat baru itu akan menjadikan JTVC di seluruh Singapura berjumlah 10.



Lima pusat itu menawarkan vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan Moderna/Spikevax, kata Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin.



Mereka yang berumur 12 tahun dan ke atas boleh pergi ke mana-mana JTVC untuk mendapatkan dos vaksinasi dan dos penggalak mereka, tambah kementerian itu.



Ia menambah bahawa pusat vaksinasi di Pusat Konvensyen Raffles City akan ditutup pada 18 Julai, kerana Singapura "mempertingkatkan lebih banyak JTVC dan menyatukan sumber kami dan membebaskan ruang ini untuk kegunaan lain".



Pusat itu akan menerima tempahan yang dibuat melalui sistem temu janji nasional dan langsung masuk (walk-in) bagi vaksinasi hingga 18 Julai.



Lima JTVC sedia ada terletak di Bishan, Commonwealth, Jurong East, Kaki Bukit, dan Pasir Ris.



JTVC di Bishan turut menawarkan vaksin dan Nuvaxovid Novavax.



Senarai penuh JTVC boleh didapatkan di laman web https://www.vaccine.gov.sg/locations/jtvc.




LOKASI LIMA PUSAT UJIAN DAN VAKSINASI BERSAMA BARU



1. Ang Mo Kio

2. Bukit Merah

3. Sengkang

4. Woodlands

5. Yishun




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >