Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima warga emas ditahan, hampir 1kg heroin ditemui disorok dalam bungkusan kopi

Jan 06, 2022 | 05:01 PM



HAMPIR sekilo dadah heroin ditemui disembunyikan dalam bungkusan kopi pada Rabu (5 Jan), dalam kes penemuan dadah terbaru oleh Biro Narkotik Pusat (CNB).



Lima warga Singapura, semuanya berusia 60-an tahun, telah diberkas kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.



Pada awal pagi Rabu, pegawai CNB menahan seorang lelaki berusia 61 tahun di Tampines Street 22, merampas sebanyak 17 paket dan satu straw minuman mengandungi sejumlah 132 gram heroin.



Dia dibawa ke unit kediamannya di Choa Chu Kang, di mana 6g lagi heroin ditemui dan dirampas.



Satu operasi susulan pada pagi yang sama dibuat di sebuah unit di North Bridge Road. Tiga lelaki berusia 63 hingga 65 tahun dan seorang wanita berusia 65 tahun telah diberkas.



Sebanyak 100 paket dan 10 straw minuman mengandungi 794g heroin telah dirampas daripada unit itu, bersama 5g lagi dadah syabu.



Beberapa paket heroin ditemui di dalam mangkuk tandas di unit itu, manakala yang lain ditemui dalam paket kopi yang dibuang ke bawah tempat membuang sampah.



Dadah yang dirampas daripada operasi itu dianggarkan bernilai sekitar $66,000, kata CNB.



Jumlah heroin sahaja dianggarkan mampu menampung ketagihan sekitar 440 penagih selama seminggu.



Siasatan terhadap kegiatan dadah suspek yang ditahan sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >