PENGGUNAAN lintah atau pacat bagi membersihkan nanah dan darah sudah lama dimanfaatkan nenek moyang kita. Kini, ia diguna pakai di Barat dengan nama hirudotherapy.
Dua tahun lalu, doktor yang juga penyelaras makmal Unit Kesihatan Haiwan Akuatik, Fakulti Perubatan Vaterinar, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Hassan Mohd Daud, pula berkata penyelidikan klinikal di luar negara, termasuk di Amerika Syarikat, menunjukkan lintah boleh merawat penyakit seperti migrain dan resdung dan tidak membawa kesan sampingan melalui gigitannya.