Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Lion City Sailors mahu teruskan penguasaan

Feb 25, 2022 | 06:57 AM



SORAKAN penonton kembali menggegarkan stadium setempat mulai hari ini apabila Liga Perdana Singapura (SPL) bermula.



Persaingan sengit dijangka bagi merebut mahkota liga, tetapi perhatian akan tertumpu pada dua kelab yang menjadi pesaing utama.



Albirex Niigata, yang menjadi naib juara musim lalu membuka tirai musim di tempat sendiri dengan pertemuan dengan Tanjong Pagar United pada malam ini.



Lion City Sailors pula akan bertarung dengan Hougang United di Stadium Hougang esok.



Para peminat boleh menjangkakan tahap permainan yang lebih tinggi berdasarkan beberapa muka baru yang diperkenalkan kelab-kelab yang mengambil bahagian.



Antaranya Maxime Lestienne, yang merupakan bekas pemain belia antarabangsa Belgium yang menyarung jersi pasukan Lion City Sailors.



Pemain berusia 29 tahun itu yang pernah sertai pasukan liga teratas Belgium, Standard Liege, dan bermain di bahagian sayap, telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Sailors - yang turut dibarisi pemain asal Brazil, Diego Lopes dan Pedro Henrique, selain bekas kapten pasukan Korea Selatan, Kim Shin-wook.



Albirex pula telah mendapatkan khidmat bekas pemain antarabangsa Jepun, Tadanari Lee.



Lee, 36 tahun dijangka membarisi jentera serangan kelab Jepun itu. Sebelum ini beliau mewakili pasukan Kyoto Sanga daripada Liga J1.



Baru-baru ini, Albirex turut mendapatkan khidmat seorang pemain pertahanan muda dari pasukan Universiti Chuo Gakuinn, Shogo Toyomura, 22 tahun.



Pasukan lain juga telah mengorak langkah memperkukuh diri masing-masing.



Tampines Rovers bakal menampilkan Shameer Aziq, 26 tahun dan Syed Firdaus Hassan, 23 tahun, musim ini.



Kali terakhir kededua mereka bermain dalam liga ini ialah pada 2019.



Geylang International pula telah merombak barisan pemainnya - dengan campuran para pemain berpengalaman dan belia.



Mereka juga memperkukuh barisan jentera serangan dengan mendapatkan khidmat pemain asing asal Croatia, Sime Zuzul, 26 tahun.



Beliau sebelum ini menyarung jersi Balestier Khalsa selama tiga musim sebelum berpindah ke kelab Geylang International untuk musim kali ini.



Perubahan format liga tahun ini juga menawarkan lebih banyak aksi kepada penonton.



Ini kerana format tiga pusingan yang telah diubah kepada empat pusingan.



Ini bermakna setiap kelab dalam liga lapan pasukan itu bermain 28 permainan liga - naik daripada 21 berbanding musim lalu.



Pertambahan dalam bilangan permainan direka khas bagi menyuntik tahap persaingan yang lebih tinggi dalam pertandingan kali ini, dan ini juga bermakna lebih masa permainan dapat dikumpul para pemain.



Musim kali ini akan berakhir pada 15 Oktober sebelum Piala Singapura bermula pada 25 Oktober.



Menyusuli pertambahan permainan yang dimainkan, kelab-kelab yang bersaing dibenar mendaftarkan 20 pemain bagi setiap permainan.



Mereka boleh menamakan sembilan pemain simpanan dan dibenarkan membuat sehingga lima pertukaran bagi setiap permainan.




JADUAL PERLAWANAN



Hari ini



Albirex Niigata lwn Tanjong Pagar

7.45 mlm, Stadium Jurong East



Esok



Balestier Khalsa lwn Tampines Rovers

5.30pm, Stadium Toa Payoh



Ahad



Lion City Sailors lwn Hougang

5.30 ptg, Stadium Jalan Besar



* Tiket berharga $10 (dewasa) dan $5 (pemilik kad konsesi). Namun setiap kelab dibenar mengubah harga sehingga harga maksimum $15.



** Semua perlawanan ditayangkan secara langsung di Singtel TV, StarHub dan penstriman secara langsung di Facebook dan Youtube rasmi Liga Perdana Singapura (SPL).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >