Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lipas: Kedai makan Prata Wala di NEX digantung dua minggu lagi

Jun 14, 2016 | 11:43 AM



LESEN kedai makan Prata Wala di pusat beli-belah NEX akan digantung dua minggu lagi kerana ia gagal menjaga premisnya agar bebas daripada serangan lipas.



Ia kini ditutup selepas Agensi Sekitara Kebangsaan (NEA) mengantung lesennya dari 6 Jun hingga 19 Jun.



Penggantungan baru selama dua minggu berkuat kuasa dari Selasa depan (21 Jun) hingga 4 Julai.



Tindakan dikenakan di bawah sistem mata demerit, kata NEA dalam satu notis di laman webnya.



Kedai makan itu telah mengumpul 12 mata demerit dalam tempoh 12 bulan lalu - enam bagi setiap satu pertuduhan tidak memastikan premisnya bebas lipas.



Ia didenda $800.



"NEA memandang serius kesalahan itu dan ingin mengingatkan pengendali makanan supaya mengamalkan amalan makanan dan kebersihan diri baik pada setiap masa, dan mendapatkan hanya pengendali makanan berdaftar," kata NEA,



"NEA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Sekitaran Awam."



Prata Wala mempunyai lima cawangan di pusat beli-belah di Jurong Point, Tampines Mall, NEX, Junction 8 dan Bedok Mall, menurut laman webnya.



Orang ramai yang mendapati amalan kebersihan buruk di tempat makanan boleh menghubungi Pusat Hubungan 24 jam NEA di 1800-225-5632.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >