Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Liputan aplikasi banding harga barang, makanan Price Kaki akan diperluas

Mar 02, 2022 | 05:30 AM



PERSATUAN Pengguna Singapura (Case) akan meluaskan aplikasi Price Kaki tahun ini untuk meliputi lebih banyak peruncit, produk dan perkhidmatan, bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna.



Aplikasi mudah alih itu membolehkan pengguna membandingkan harga barang keperluan rumah, barang runcit dan makanan penjaja.



Encik Melvin Yong (Radin Mas), yang juga Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan presiden Case, berkata jumlah gerai makanan masak di aplikasi itu akan ditambah kepada 200 pusat makanan dan kedai kopim, daripada 114 pusat penjaja sekarang.



Jumlah barangan dapur akan dinaikkan kepada 10,000 barangan, berbanding 4,000 sekarang.



Menurut Encik Yong, sejak pelancarannya aplikasi itu telah dimuat turun lebih 80,000 kali.



"Case percaya lebih banyak perlu dilakukan untuk menolong pengguna membuat keputusan membeli yang bijak.



"Ini sebabnya kami melancarkan aplikasi mudah alih Price Kaki pada 2019 untuk membolehkan pengguna membandingkan harga barangan dapur, barangan penting dan makanan penjaja, membuat keputusan membeli yang bijak."



Bagi menangani harga yang semakin melambung, Encik Yong berkata pengguna boleh menimbangkan membeli jenama dalaman, atau house brand, bagi barangan keperluan harian.



Berdasarkan perangkaan Price Kaki, produk jenama dalaman berharga 10 peratus hingga 25 peratus lebih rendah daripada barangan berjenama. Jenama dalaman setaraf dan mempunyai khasiat pemakanan sama dengan jenama biasa, kata Encik Yong.



"Jenama dalaman menetapkan lantai harga yang penting untuk barangan dan saya berharap semua rangkaian pasar raya utama boleh menyerap kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi barangan penting jenama dalaman tertentu," ujarnya.



Tetapi membandingkan harga sahaja tidak mencukupi, jika peruncit memilih mengekalkan harga tetapi mengurangkan kuantiti produk, tegas Encik Yong.



"Bagi menangani hal ini, saya menyeru pemerintah supaya memperkenal penetapan harga unit mandatori untuk pasar raya dan peruncit runcit di Singapura.



"Penetapan harga unit mandatori telah diamalkan di negara seperti Australia, Argentina, dan Chile," kata beliau.



Ini mungkin merupakan cabaran logistik dan pentadbiran pada masa lalu, apabila tanda harga dicetak di atas kertas dan diletakkan secara manual di atas rak, tambah Encik Yong.



Namun, dengan penggunaan meluas tanda harga digital hari ini, pasar raya seharusnya tidak mengalami kesukaran untuk memaparkan harga unit.



"Sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap ketelusan harga, Case akan mempamerkan unit harga berserta harga runcit untuk barangan yang disenaraikan di Price Kaki," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >