LONDON: Liverpool menambah tekanan ke atas pengurus West Ham United Slaven Bilic selepas membelasah kelab itu 1-4 di Stadium London, sementara permulaan hebat Burnley musim Liga Perdana England ini berterusan dengan kemenangan 1-0 ke atas Southampton pada Sabtu (4 Oktober).
Penyerang Liverpool Mohamed Salah menjaringkang gol keenam dan ketujuh musim ini, bagi membantu pasukan Juergen Klopp menewaskan West Ham dan mendaki liga ke tangga keenam dengan 19 mata - sama dengan Arsenal dan Chelsea, yang bertemu Manchester United di Stamford Bridge pada 5 Oktober.
Salah kini adalah penjaring gol kedua paling banyak dalam liga, satu di belakan penyerang Tottenham Hotspur Harry Kane, dan beliau disertai Joel Matip dan Alex Oxlade-Camberlain di senarai penjaring gol Liverpool.
“Keputusan ini baik,” kata Klopp, yang menurungkan Sadia Mane walau warga Senegal itu baru memulakan latihan penuh Khamis lalu, lebih sebulan selepas mengalami kecederaan peha.
“Kami mengubah pendekatan kami,” kata Klopp, dalam wawancara selepas perlawanan.
“Kami mengatur strategi untuk menyerang balas dan menggunakan kelajuan pemain kita,” tambahnya.
Skrip permainan ini hampir berubah untuk Liverpool, selepas Manuel Lanzini menjaringkan gol untuk merapat jurang menjadi 1-2 pada separuh masa kedua. Namun Oxlade-Chamberlain mengembalikan kelebihan dua gol bagi Liverpool selang beberapa minit Lanzini menjaringkan gol.
Keputusan itu bermakna West Ham jatuh ke ambang zon penurunan dan menambah tanda tanya tentang masa depan Bilic di kelab itu.
“Saya tidak berputus asa,”kata Bilic, yang tahu pasukannya akan jatuh ke zon penurunan jika Everton menewaskan Watford pada 5 Oktober.
“Saya kuat, tetapi keadaan di West Ham tidak berapa baik,’ ujar Bilic lagi.
Dalam pada itu, Burnley juga menunjukkan tekad meneruskan permulaan hebat dalam liga selepas Sam Vokes menjaringkan gol tunggal permainan di penghujung perlawanan dengan Southampton.
Burnley, yang dimpimpin Sam Dykes, kini mempunyai 19 mata, sama mata dengan Liverpool, Chelsea dan Arsenal.
Buat masa ini, Burnley telah memenangi tiga perlawanan liga di tempat lawan, berbanding kemenangan tunggal yang dikecapinya musim lalu.
Keputusan lain
Bournemouth 1 : 0 Newcastle United
Swansea 0 : 1 Brighton & Hove Albion
Huddersfield Town 1 : 0 West Bromwich Albion
Stoke City 1 : 1: Leicester City