LKY kini stabil di SGH lepas hadapi masalah paru-paru
Feb 22, 2015 | 05:30 AM
MANTAN Perdana Menteri, Encik Lee Kuan Yew, telah dimasukkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) pada 5 Februari lalu kerana masalah paru-baru berair yang teruk.
Menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), keadaan Encik Lee, 91 tahun, telah stabil dan beliau kini dibantu mesin untuk pernafasan.