Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Lohei' penerus tradisi nenek

Jan 22, 2023 | 05:30 AM



HIDANGAN steamboat dan yusheng dengan bahan yang halal melengkapi meja jamuan Cik Habsa Abdullah, 86 tahun.



Sampul paket merah juga diisi dengan wang kertas untuk diberi kepada sembilan cucu dan tujuh cicitnya, berserta limau Mandarin.



Cik Habsa, yang berbangsa Cina, ghairah menantikan kehadiran keluarga besarnya untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama.



Ini merupakan antara tradisi masyarakat Cina yang masih diamalkan Cik Habsa sekeluarga setiap tahun.



Seorang cucu beliau, Cik Amanina Nur'iffah Muhammad Yusman, berkata seramai sekitar 30 ahli keluarga mereka telah berkumpul di rumah mak ciknya semalam untuk mengadakan perjumpaan makan malam atau 'reunion dinner'.



"Tradisi ini telah kami lakukan sejak nenek dan arwah datuk kami mendirikan rumah tangga. Satu perkara tentang Tahun Baru Cina adalah keluarga kami akan meluangkan masa berkumpul dan membuat nenek kami gembira.



"Ia adalah sebahagian daripada budaya Cina yang masih beliau pegang sehingga hari ini. Beliau akan sentiasa mengingatkan kami tentang perjumpaan makan malam," kata Cik Amanina sambil menambah beliau gembira empat generasi keluarganya berjaya berkumpul semalam seperti waktu sebelum pandemik Covid-19.



Dengan had bilangan pengunjung ke rumah, sambutan Tahun Baru Cina sejak dua tahun lalu tidak semeriah yang diharapkan.



"Tahun ini kami sangat teruja dapat mengadakan perayaan ini kembali seperti biasa. Sewaktu Covid-19, ada ketika itu, hanya lapan orang sahaja yang dibenarkan berkunjung ke rumah kami setiap hari… jadi ini sesuatu yang sangat sukar ketika itu.



"Kini dengan kelonggaran sekatan, kami sangat gembira dapat sekali lagi mengukir senyuman pada wajah nenek kami," ujar Cik Amanina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >