Loji air terpakai dan rawatan sampah di Tuas dapat tambah bekalan air dan panjangkan hayat kawasan kambus tanah, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Loji air terpakai dan rawatan sampah di Tuas dapat tambah bekalan air dan panjangkan hayat kawasan kambus tanah

Jul 09, 2018 | 06:13 PM

TENDER bernilai lebih $5 bilion akan dibuka bagi sebuah loji baru di Tuas yang akan menggunakan sampah untuk menambah bekalan air negara ini serta memanjangkan hayat satu-satunya kawasan kambus tanah Singapura di Pulau Semakau.

Tender yang akan dibuka sepanjang tempoh lima tahun mendatang ini termasuk bagi kerja kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam.

Agensi air negara PUB dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata tender itu dibuka bagi satu prasarana baru di Tuas yang akan menggabungkan kedua-dua loji air terpakai dan rawatan sampah dalam satu prasarana.

Kerja pembinaan prasarana itu dijangka bermula tahun depan dan akan siap secara bertahap mulai 2023.

Prasarana tersebut dijangka siap sepenuhnya menjelang 2027.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Tuas Nexus akan menjadi loji pertama yang membolehkan PUB memulih guna air perindustrian yang terpakai, bagi penggunaan perindustrian di Jurong Island dan Tuas.

Lazimnya, air perindustrian yang terpakai dirawat semula sebelum dibuang ke laut.

Tuas Nexus juga akan menjadi prasarana pertama yang merawat air terpakai dan sisa makanan dalam satu loji yang sama bagi menghasilkan biogas.

Biogas yang boleh digunakan bagi menjana elektrik dihasilkan apabila bahan organik dalam sisa makanan atau kumbahan daripada air yang terpakai melalui reaksi dengan bakteria.

Dengan menggabungkan kumbahan air terpakai dengan sisa makanan, Tuas Nexus akan berupaya meningkatkan jumlah biogas yang dihasilkan sebanyak 10 peratus.

Ini kerana kandungan organik lebih tinggi yang terdapat dalam sisa makanan, kata ketua jurutera PUB Mark Wong.

Bercakap dengan media di Minggu Air Antarabangsa Singapura (SIWW) dan Sidang Puncak CleanEnviro Singapura (CESS) di Marina Bay Sands, pengarah Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS) fasa kedua PUB, Encik Yong Wei Hin, menyifatkan Tuas Nexus sebagai satu inovasi berani sebagai sebahagian tindakan bagi perubahan iklim dan daya ketahanan.

“Prasarana baru ini... adalah cara baru untuk air terpakai dan sampah dapat dirawat di Singapura,” ujarnya.

Penyepaduan kedua-dua loji rawatan sampah dan air di Tuas Nexus itu dijangka boleh menjimatkan pengeluaran karbon dioksida sebanyak lebih 200,000 tan setiap tahun.

Ini bersamaan dengan menyingkirkan 42,500 kereta dari jalan raya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map