Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Loji skala besar pertama rawat air laut, hujan untuk diminum

Loji bawah tanah terletak di Marina East; jimatkan kos, beri lebih fleksibiliti dari segi operasi: PM Lee
Feb 05, 2021 | 05:30 AM



LOJI skala besar pertama di Singapura yang boleh merawat kededua air laut dan air hujan untuk menjadikannya air boleh diminum, telah dibuka rasmi di Marina East semalam.



Semasa musim kering, loji itu akan merawat air laut tetapi semasa musim hujan, loji itu akan mengambil air tawar dari Kolam Air Marina.



Ini akan menggunakan kurang tenaga berbanding merawat air laut, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong di upacara pembukaan Loji Penyahgaraman Keppel Marina East (KMEDP), loji penyahgaraman keempat Singapura, semalam.



"Dengan adanya pilihan untuk beralih kepada air kolam akan menjimatkan kos dan memberi lebih fleksibiliti dari segi operasi," kata Encik Lee.



Loji itu dijangka dapat menghasilkan 137,000 meter padu atau sekitar 30 juta gelen air minuman setiap hari.



Dengan operasi komersial bermula 29 Jun lalu, loji itu dikendali Marina East Water Ptd Ltd, anak syarikat milik sepenuhnya Keppel Infrastructure, bagi tempoh 2020 hingga 2045.



Loji itu dibina dan dikendali di bawah aturan Reka Bentuk, Bina, Milik dan Operasi (DBOO) dengan agensi air awam PUB.



Dengan kemudahan merawat air terletak di bawah tanah, loji itu menyediakan ruang hijau seluas 20,000 meter persegi di atas permukaan bagi kegiatan masyarakat dan riadah. Ruang itu telah dibuka kepada orang ramai sejak September lalu.



Dalam ucapannya semalam, Encik Lee berkata Singapura bakal membuka loji penyahgaraman kelima di Pulau Jurong dalam beberapa bulan lagi.



Ini sebagai sebahagian daripada usaha meluaskan kapasiti penyahgaraman sedang permintaan air terus meningkat.



Penyahgaraman, yang mengubah air laut kepada air minuman, ialah satu daripada empat 'Paip Nasional' Singapura. Tiga lagi 'paip' ialah air takungan setempat, air diimport dan NEWater.



Negara ini kini menggunakan 430 juta gelen air setiap hari, dan permintaan air dijangka meningkat hampir seganda dalam 30 tahun akan datang.



Bekalan air daripada takungan setempat dan air yang diimport dari Malaysia kini tidak lagi mencukupi untuk memenuhi keperluan Singapura, kata Encik Lee.



Beliau berkata pemerintah akan merancang untuk membina prasarana lebih awal, dan membangun teknologi baru untuk menjamin bekalan air Singapura.



Namun, rakyat juga harus memainkan peranan untuk menjimatkan air. PUB sedang memasang sekitar 300,000 meter air bijak di serata pulau untuk membantu isi rumah menjejak penggunaan air.



Ini sedang penghasilan air akan menjadi lebih mencabar, dan memerlukan lebih banyak prasarana, teknologi baru serta lebih rawatan, dan semua ini akan memakan kos yang lebih, kata Encik Lee.



Perubahan iklim juga akan menjadikannya lebih sukar bagi Singapura untuk memastikan bekalan air yang stabil.



Januari lalu merupakan bulan kedua paling banyak air hujan dalam sejarah Singapura. Paling tinggi yang dirakam adalah pada Januari 1893.



Kolam air setempat, serta Kolam Air Linggiu di Johor, kini penuh, kata Encik Lee. Tetapi pada 2016, cuaca kering mengakibatkan bekalan air merosot, dengan air di Linggiu menjunam kepada 20 peratus kapasiti.



Semalam, Encik Lee juga berkata PUB merancang untuk mengubah Bukit Timah Waterworks menjadikannya pusat lawatan. Kemudahan itu, yang dibina pada 1889, merupakan kemudahan kerja air tertua di Singapura.



"Baik bagi kita memelihara apa yang kita warisi, yang telah berkhidmat dengan baik. Agar setiap generasi boleh memahami perjalanan panjang yang telah kita lalui, dan menghargai pencapaian kita," ujar Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >