Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Longgar sekatan Covid-19: Majikan tak terburu-buru arah kembali ke pejabat

Apr 06, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA majikan kelihatan tidak terburu-buru untuk mengarahkan lebih banyak pekerja kembali ke pejabatnya, walaupun langkah pengurusan selamat sudah dilonggarkan.



Sebilangan syarikat yang ditinjau belum lagi melihat keperluan berbuat demikian memandangkan pekerja mereka telah beroperasi dengan baik dari rumah sejak selama hampir setahun lalu.



Mulai semalam, jumlah pekerja yang dibenarkan kembali ke tempat kerja pada satu-satu masa dinaikkan kepada 75 peratus berbanding 50 peratus manakala had masa dibenarkan untuk pekerja berada di pejabat ditiadakan.



Garis panduan ini ialah untuk beralih kepada corak pekerjaan lebih hibrid berbanding bekerja dari rumah sebagai pilihan pertama, sesuatu yang dilaksanakan hampir setahun lalu.



Mengambil pendekatan yang bertahap-tahap dalam aturan kerja ialah Pengarah Urusan Enercon Asia, Encik Azhar Othman, yang meneliti keperluan pekerja berdasarkan peranan dan skop kerja mereka.



Beliau yang menggajikan sekitar 30 kakitangan menjelaskan, satu daripada tiga unit perniagaan syarikatnya sudah melaksanakan kehadiran 75 peratus pekerja di pejabat.



Bakinya akan dijalankan secara bertahap.



"Bergantung kepada unit perniagaan itu, ada yang masih bekerja dari rumah dan ada bekerja di pejabat.



"Buat masa ini, satu unit perniagaan kami sekarang sudah beralih kepada 75 peratus pekerja manakala dua unit perniagaan lain tetap bekerja dari rumah kerana mereka masih dapat menjalankan tugas mereka dengan baik walaupun mereka bekerja dari rumah," jelas beliau.



Pendekatan serupa turut diambil oleh Encik Abdul Aziz Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cleaning Express Pte Ltd (ATALIAN Global Services Singapore).



Sekitar 5 peratus daripada sekitar 1,200 tenaga kerja adalah pekerja bukan khidmat penting.



"Kami mengambil pendekatan bertahap-tahap dalam mendapatkan pekerja balik ke pejabat. Pasukan dalaman kami sedang mengusahakan aturan untuk beralih kepada 75 peratus tenaga kerja di pejabat dengan licin, dan pada masa sama, memastikan kerja harian dijalankan dengan cekap," ujar Encik Abdul Aziz.



Antara majikan yang mengekalkan aturan kerja sekarang ialah CEO SSA Group, Encik Suhaimi Salleh yang menggajikan lebih 100 pekerja.



"Kami belum melihat keperluan untuk melaksanakan ini dengan segera kerana aturan yang ada iaitu 50 peratus bekerja dari rumah dan bakinya di pejabat, telah berjalan dengan baik.



"Tetapi kami juga merasakan adalah bertepatan waktu untuk kakitangan kembali bekerja dalam sekitaran pejabat lebih berstruktur," ujarnya.



Kata Encik Suhaimi, firma itu bakal melaksanakan aturan kerja baru dalam masa dua minggu lagi sebab ia melibatkan banyak jabatan dan mahu memberi pekerja masa mencukupi untuk membuat penyesuaian yang diperlukan.



Pada masa sama, syarikat itu masih terbuka kepada aturan kerja fleksibel dan akan antara lain, perkenalkan aturan waktu bekerja baru bergilir-gilir bagi membolehkan kelonggaran dan mengurangkan risiko ruang sesak dan mereka yang perlu mengambil pengangkutan awam.



Tambah Encik Suhaimi, Covid-19 telah memaksa banyak syarikat termasuk SSA untuk memikirkan semula tentang aturan kerja bagi kakitangan.



"Justeru kami akan mengecilkan ruang pejabat, melaksanakan 'hot desking', mengadakan gabungan mesyuarat secara fizikal dan berasingan serta cara bekerja lebih berstruktur dari lokasi luar termasuk bekerja dari rumah," terangnya.



Seorang lagi majikan yang akan mengambil lebih banyak masa lagi untuk menambah jumlah pekerja ke pejabat ialah Encik Fazli Mansor, Pengasas bersama ISGN Ventures Pte Ltd.



"Sebagai sebuah syarikat kecil, kami menyambut baik pelonggaran ini dan tidak perlu ada pasukan berasingan. Ia akan memberi kami kelonggaran untuk mengadakan mesyuarat bersemuka dengan jabatan yang berbeza-beza.



"Namun, kami akan meneruskan aturan kerja yang sudah dilaksanakan sekarang iaitu 50 peratus bekerja dari rumah.



"Kami akan terus membolehkan kerja dari rumah seberapa boleh kerana banyak peranan kami boleh dilakukan dalam talian," kongsi beliau yang menggajikan 13 pekerja.



Kata Encik Fazli, pihaknya merancang untuk menyemak semula aturan ini dalam masa seminggu atau dua minggu ini semasa musim sibuk, iaitu ketika Ramadan.



Sementara itu, kawasan tempat meletak kereta di banyak bangunan pejabat kelihatan lebih padat dan kedai-kedai makan dikunjungi lebih ramai pelanggan semalam, sedang lebih ramai pekerja kembali ke pejabat.




"Sebagai sebuah syarikat kecil, kami menyambut baik pelonggaran ini dan tidak perlu ada pasukan berasingan. Ia akan memberi kami kelonggaran untuk mengadakan mesyuarat bersemuka dengan jabatan yang berbeza-beza."
- Pengasas bersama ISGN Ventures Pte Ltd, Encik Fazli Mansor.



"Kami belum melihat keperluan untuk melaksanakan ini dengan segera kerana aturan yang ada iaitu 50 peratus bekerja dari rumah dan bakinya di pejabat, telah berjalan dengan baik. Tetapi kami juga merasakan adalah bertepatan waktu untuk kakitangan kembali bekerja dalam sekitaran pejabat lebih berstruktur."
- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSA Group, Encik Suhaimi Salleh.



"Hanya satu unit perniagaan kami sekarang sudah beralih kepada 75 peratus pekerja manakala dua unit perniagaan lain tetap bekerja rumah. Ini kerana pekerja kami masih dapat menjalankan tugas mereka dengan baik walaupun mereka bekerja dari rumah."

- Pengarah Urusan Enercon Asia, Encik Azhar Othman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >