Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lonjakan penerima Anugerah Mendaki bukti kemajuan masyarakat

Oct 30, 2021 | 05:30 AM



JUMLAH penerima Anugerah Mendaki yang melonjak daripada 11 penerima pada 1982 kepada lebih 500 penerima tahun ini merupakan bukti bagaimana masyarakat Melayu/Islam setempat terus menunjukkan kemajuan yang baik dan membanggakan.



Malah menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, terdapat seramai 71 lulusan ijazah kepujian kelas pertama yang diiktiraf dengan Anugerah Cemerlang Mendaki tahun ini.



Menerusi laman Facebook beliau semalam, Encik Masagos berkata Banci Penduduk 2020 membuktikan bahawa masyarakat kini lebih berkelayakan, terutamanya dalam kalangan belia, dengan jumlah lulusan universiti Melayu meningkat seganda dalam masa sedekad.



"Kejayaan ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia usaha yang berterusan.



"Sebagai sebuah masyarakat, kita harus terus menitikberatkan pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat di setiap peringkat umur," ujarnya.



Bagi kanak-kanak prasekolah, permulaan awal dalam pendidikan dapat membentuk asas yang kukuh dan adalah penting bagi perkembangan mereka.



Bagi belia, beliau berkata pendidikan yang baik akan membolehkan mereka mencapai cita-cita dan aspirasi masing-masing.



Bagi pekerja pula, peningkatan kemahiran akan memberi mereka lebih banyak pilihan kerjaya dan membantu keluarga membina kewangan yang lebih stabil.



Encik Masagos berkata beliau bangga dengan kecekalan dan daya bingkas masyarakat yang menyedari akan pentingnya membuat penyesuaian dengan meneroka kemahiran serta kerjaya baru dan juga menceburi sektor pertumbuhan baru, di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang mencabar ini.



Malah tambahnya, Covid-19 telah memainkan peranan mempercepat penyesuaian masyarakat dengan usaha pendigitalan.



"Bagi sesetengah daripada kita, ia mungkin mencabar. Saya juga tidak terkecuali.



"Saya perlu belajar dan menyesuaikan diri dengan pelbagai bentuk komunikasi yang baru apabila Covid-19 melanda.



"Mempelajari kemahiran baru kadangkala sukar namun alah bisa, tegal biasa.



"Dengan latihan, saya dapat melakukannya. Saya yakin anda juga boleh!" ujar beliau.



Dalam persekitaran yang berubah-ubah ini, Encik Masagos berkata adalah penting juga masyarakat mempertingkat kemahiran untuk mempersiap bagi masa hadapan, bina kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan tenaga kerja serta menyumbang semula kepada masyarakat, terutamanya membantu golongan yang lebih memerlukan.



Tambahnya, terdapat pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan termasuk melalui rangkaian M3 sebagai sebahagian usaha mempertingkat masyarakat.



"Saya percaya dengan kecekalan dan daya tahan masyarakat kita, kita boleh mencapai kejayaan yang lebih besar.



"Marilah kita terus menyokong satu sama lain, untuk menimba ilmu dan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dalam kehidupan kita," ujar Encik Masagos yang turut mengajak masyarakat terus menimba ilmu menuju ke arah kecemerlangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >