Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Lontar koktel Molotov ke rumah bekas isteri: Pemegang saham Hjh Maimunah dijel 9 bulan

Aug 19, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pemegang saham syarikat makanan dan minuman Hjh Maimunah Katering berasa tidak puas hati terhadap bekas isterinya hingga dia memutuskan untuk memandu kenderaannya ke rumah pangsa bekas pasangan itu dan melontar koktel Molotov, atau bom buatan sendiri, hingga menyebabkan kerosakan kepada hartanah itu.



Ismail Didih Ibrahim, 37 tahun, semalam dikenakan hukuman jel sembilan bulan selepas mengaku bersalah ke atas satu tuduhan melakukan perbuatan nakal dengah bahan api atau letupan, dan satu lagi kesalahan di bawah Akta (Langkah Sementara) Covid-19, lapor The Straits Times.



Singapura menguatkuasakan langkah pemutus rantaian jangkitan antara 7 April dengan 1 Jun 2020 untuk mencegah penularan Covid-19.



Laporan media sebelum ini mengenal pasti Ismail sebagai salah seorang pemilik restoran popular Hjh Maimunah di Jalan Pisang dekat Arab Street itu.



Namun, dokumen mahkamah menyatakan dia seorang pengurus premis makanan milik ibu bapanya itu.



Ismail bernikah dengan wanita tersebut pada 2017 namun bercerai dua tahun kemudian.



Ingin membalas dendam, dia memandu kenderaannya ke rumah bekas isterinya itu di Telok Kurau pada 12 Mei 2020 dengan beberapa barang seperti botol yang separuh dipenuhi dengan pencair dan satu tin penyembur cat hitam.



Dia juga memakai baju hujan untuk melindungi identitinya pada malam kejadian itu.



Dalam prosiding sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Chong Kee En memberitahu mahkamah:



"(Ismail) dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kelihatan pergi ke but keretanya dan menyediakan koktel Molotov itu dengan menuang cecair cat itu beberapa kali dalam sebuah botol kosong dan kemudian meletak kain di atasnya.



"Beberapa kali, dia akan memerhatikan sekelilingnya di jalanan yang paling sunyi untuk melihat sama ada orang lain yang sedang memerhatikannya.



"Selepas sekitar lima minit menyediakan (koktel molotov itu), tertuduh kemudian berjalan ke rumah mangsa... sambil memakai baju hujan."



Selepas menyembur kalimat "O$P$" (hutang duit, bayar balik) di hartanah tersebut, meskipun keluarga wanita itu tidak meminjam wang daripada pemiutang wang, Ismail melontarkan koktel Molotov itu di rumah tersebut, menyebabkan satu kebakaran apabila botol itu berkecai.



Dia kemudian melarikan diri.



Wanita itu, yang berusia 32 tahun pada ketika itu, dan ahli keluarganya tidak sedar akan kejadian itu pada awalnya kerana mereka berada di tingkat atas.



Namun, salah seorang jiran memerhatikan kebakaran itu dan memadamkan api tersebut dengan ahli keluarganya sendiri.



Mereka kemudian memberitahu keluarga mangsa dan menghubungi polis.



DPP Chong berkata kebakaran itu menyebabkan kerosakkan terhadap harta benda, dinding dan tiang rumah berjumlah $6,000.



Ismail telah memberi wang restitusi secara sukarela berjumlah $5,000 kepada bekas isterinya itu dan menderma $3,000 kepada tiga badan amal pilihannya.



Polis pada awalnya menganggap kes itu sebagai kegiatan pemiutang wang haram, namun siasatan kemudian mendapati Ismail telah menyembur kalimat itu dengan niat jahat.



Tiada orang yang tercedera semasa serangan koktel Molotov itu dilakukan, namun bekas isterinya mengalami trauma hingga beliau perlu menerima sesi kaunseling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >