Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Louis Vuitton akan adakan peragaan fesyen fizikal di S'pura

Mar 19, 2021 | 05:30 AM



SEDANG semua pertunjukan bagi minggu-minggu fesyen di Paris, London dan Milan beralih ke wadah digital sepanjang pandemik ini, jenama terkenal Perancis Louis Vuitton akan mengadakan peragaan fesyen secara fizikal di Singapura tidak lama lagi.



Pertunjukan fesyen yang dijangka lengkap dengan tetamu menggunakan pelitup dan yang dalam jarak selamat sejauh satu meter, akan diadakan di Muzium ArtScience.



Pertunjukan Louis Vuitton Women's Spring/Summer 2021 Spin-Off itu akan menjadi pertunjukan fesyen fizikal pertama yang lengkap di Singapura dalam normal baru.



Seramai 41 model yang tidak berpelitup akan berjalan di pentas peragaan yang berjarak sekurang-kurangnya tiga meter dari tetamu yang dijangka hanya sekitar 112 orang.



Pertunjukan itu dijangka berlangsung Selasa ini.



Louis Vuitton dilaporkan akan bekerja rapat dengan Lembaga Pelancongan Singapura untuk projek ini.



Mereka juga akan memastikan jarak selamat di landasan pentas. Mereka dan kru di belakang pentas, termasuk artis rambut dan solekan, juga akan dipisahkan berdasarkan zon.



Pertunjukan terakhir akan disiarkan secara langsung di www.louisvuitton.com agar dapat dinikmati peminat dari rumah masing-masing dalam keadaan selamat dan selesa.



Sebanyak 69 gaya penampilan - daripada koleksi musim bunga dan musim panas, yang dipersembahkan dalam pertunjukan "jarak jauh" di Paris pada Oktober lalu oleh pengarah artistik pakaian wanita Louis Vuitton, Nicolas Ghesquiere, dan koleksi Summer Capsule yang diilhami oleh pantai - akan ditampilkan di Singapura.



Bagi penyunting fesyen, selebriti dan pelanggan yang biasa menggunakan fesyen berjanama mewah ini adanya persembahan ini memberi isyarat bahawa industri ini mengambil langkah kecil menuju pemulihan.



Ini juga dijangka menjadi acara yang akan menghimpun nama-nama popular tanah air seperti Zoe Tay dan Rebecca Lim serta penyanyi Stefanie Sun.



Kali terakhir ketua pengarang Harper's Bazaar Singapura, Kenneth Goh, menghadiri pertunjukan fesyen secara peribadi adalah setahun yang lalu.



"Saya sangat teruja untuk menghadiri pertunjukan di Louis Vuitton di Singapura. Ini adalah pertunjukan pakaian wanita replika pertama oleh Ghesquiere di luar Paris dalam normal baru ini," katanya, lapor akhbar The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >