Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LRT Bukit Panjang ditutup setiap Ahad selama 11 minggu

Mar 24, 2018 | 05:30 AM



RANGKAIAN LRT Bukit Panjang akan ditutup setiap Ahad selama 11 minggu mulai 15 April.



Ini disebabkan kerja penyenggaraan untuk meningkatkan ketahanan sistem bekalan tenaga.



SMRT mengumumkan hal itu dalam sidang akhbar semalam.



Katanya, sebanyak 30 bas ulang-alik selari dengan rangkaian LRT akan disediakan demi memberi pilihan tambahan kepada penumpang, lapor The Straits Times.



Kerja penyenggaraan termasuk penggantian bahagian kuasa rel dan suis landasan.



"Lebih banyak kerja penyenggaraan intensif seperti penggantian bahagian kuasa rel tidak mungkin dilakukan dalam tempoh pendek antara dua dengan tiga jam perkhidmatan," kata Encik Roger Lim, naib presiden SMRT Laluan Circle dan LRT Bukit Panjang.



"Menutup rangkaian pada Ahad akan meningkatkan daya penghasilan pasukan penyenggaraan dan membolehkan kerja itu selesai lebih awal," ujarnya.



Kerja tersebut berasingan daripada kerja pembaharuan sistem LRT.



Pembaharuan, yang akan dilaksanakan pembekal Bombardier, dirancang bermula pada suku kedua tahun depan.



Kontrak bagi kerja pembaharuan itu, yang dijangka siap pada 2024, telah dipersetujui Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Bombardier.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >