LTA akan uji pengesan logam, pengimbas X-ray di stesen MRT tertentu mulai 12 November, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

LTA akan uji pengesan logam, pengimbas X-ray di stesen MRT tertentu mulai 12 November

Nov 05, 2018 | 06:10 PM

BEBERAPA penumpang kereta api tidak lama lagi perlu berjalan melalui sebuah pengesan logam dan mengimbas barangan mereka di pengimbas X-ray sebelum memasuki pagar tambang, sebagai sebahagian daripada percubaan baru ke atas pemeriksaan keselamatan dipertingkat di stesen MRT di sini.

Percubaan enam bulan itu, yang akan bermula Isnin depan (12 November), akan melihat peralatan pemeriksaan sedemikian digunakan di sehingga enam stesen MRT pada satu-satu masa, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (5 November).

Ia akan dijalankan di stesen MRT tertentu di semua laluan kereta api.

LTA berkata maklumat yang dikumpul daripada percubaan itu akan membolehkannya menyelaras dan mengoptimumkan proses pemeriksaan keselamatannya, dan mengurangkan kesan akan datang ke atas operasi kereta api harian.

Ia menambah yang ia juga akan mengumpul maklum balas daripada penumpang dan pengendali pengangkutan awam bagi memperbaiki keberkesanan latihan kecemasan dan operasi keselamatan di masa akan datang.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ketua eksekutif LTA, Encik Ngien Hoon Ping, berkata pengendali pengangkutan awam juga akan mula menggunakan pengesan logam yang dipegang dalam pemeriksaan keselamatan mereka di pusat pertukaran bas dan stesen MRT.

Ini akan diperkenalkan secara progresif menjelang hujung tahun ini, tambahnya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map