Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA anugerah kontrak $604 juta bagi stesen pertukaran Hougang Laluan Rentas Pulau

Mar 27, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH stesen pusat pertukaran MRT Hougang di Laluan Rentas Pulau (CRL) dan terowongnya akan dibina pada harga $604 juta oleh syarikat Korea Selatan, Samsung C&T Corporation.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memberikan kontrak sivil itu kepada firma tersebut semalam.



Kerja-kerja binaan akan bermula pada suku keempat tahun ini, menurut kenyataan LTA semalam.



Stesen pertukaran Hougang akan dibina di bawah fasa pertama CRL, yang dijangka mula beroperasi pada 2030.



Laluan itu terdiri daripada 12 stesen dari Aviation Park ke Bright Hill, dan semua tender telah dikeluarkan dan diberikan kepada pemenang kontrak secara bertahap.



Kontrak Samsung C&T Corporation merangkumi rekaan dan pembinaan stesen serta terowongnya.



Ia juga termasuk kerja-kerja perubahan yang perlu dilakukan kepada stesen MRT Hougang yang sedia ada di Laluan Timur Laut (NEL), yang juga dibina oleh firma yang sama.



Syarikat itu kini juga sedang membina stesen Caldecott dan Marine Parade di Laluan Thomson-East Coast dan stesen Xilin di Laluan Downtown.



Ia juga pernah membina stesen Kovan di NEL serta stesen Expo dan Upper Changi di Laluan Downtown.



CRL merupakan laluan MRT kelapan Singapura dan akan menghubungkan hab besar seperti Daerah Tasik Jurong, Daerah Digital Punggol dan daerah Changi.



Hampir separuh stesennya merupakan pusat pertukaran dengan laluan kereta api lain.



Fasa pertama CRL sepanjang 29 kilometer dan akan menyediakan khidmat kepada kawasan-kawasan perumahan serta industri seperti Loyang, Tampines, Pasir Ris, Defu, Hougang, Serangoon North dan Ang Mo Kio.



Ia juga akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 rumah.



Dengan fasa pertama ini, kawasan riadah bersama seperti Taman Pantai Changi dan Taman Bishan-Ang Mo Kio akan lebih mudah diakses oleh pengangkutan awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >