Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA anugerah kontrak sivil pertama $932.8j bina sebahagian RTS JB-SG

Nov 27, 2020 | 05:30 AM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) telah menganugerahkan kontrak sivil pertama bagi membina sebahagian Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru (JB) - Singapura.



Kontrak bernilai $932.8 juta itu diberikan kepada Penta-Ocean Construction Co Ltd untuk membina stesen RTS Link Woodlands North, terowong dan bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Singapura, kata LTA dalam kenyataannya semalam.



Menurut LTA, kerja binaan dijangka bermula pada suku pertama 2021 dan khidmat penumpang dijangka bermula pada akhir 2026.



Kontrak sivil kedua bagi projek ini, yang termasuk pembinaan jejambat RTS Link, akan dianugerahkan pada suku pertama tahun depan, kata LTA.



Menurut LTA, Penta-Ocean berpengalaman luas dalam projek binaan dan prasarana di Singapura.



Pada masa ini, syarikat itu sedang membina stesen MRT Bright Hill dan Orchard di Laluan Thomson-East Coast (TEL) dan sebelum ini membina stesen Woodland North, juga bagi laluan TEL dan stesen Bendemeer di laluan Downtown.



Laluan RTS adalah khidmat ulang-alik antara stesen Woodlands North di Singapura dengan stesen Bukit Chagar di Johor Bahru.



Ia dijangka dapat menampung 10,000 penumpang sejam pada waktu sibuk, bagi setiap hala.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >